2
Hujung minggu lalu saya ke Perlis bertemu mertua dan sanak saudara sebelah Sdr NY. Meski pun kunjungan tidak lama, kemesraan mereka sentiasa tersemat di hati tatkala pulang ke kota semula. Foto di atas, saya bersama datuk Sdr NY, Ismail Hussein yang berusia 99 tahun. Ismail yang saya panggil 'chaq' mempunyai 13 orang cicit. Syukur alhamdulillah, dia masih sihat dan sentiasa bercerita tentang kehidupannya di masa lampau. Suasana kampung sungguh mengujakan dengan kicauan burung di pagi hari, nyanyian riang-riang menyambut senja dan kedinginan yang menyegarkan... (kembali ke kota, dihambat kerja & date-line, begitulah kira-kira....)

Post a Comment

terkenang chaq anak2[abah mak teh la tu] diPerelih,rindunya pada kg halaman.

Kak Norz...
The way you called Yeop, macam formal bebenor... he he he. Saudara NY. Panggilah abang sayang. Isy...