Tuesday, December 15, 2009

NOVEL TERBARU bakal terbit!

Sinopsis:
KATA orang, cinta tidak mengenal siapa. Cinta itu perkara biasa bagi makhluk yang bergelar manusia. Mahu bercinta, ingin dicintai – itu sudah pasti! Persis ombak dan pantai yang tidak ingin berpisah walau sesaat. Itulah CINTA!

Cinta yang mendalam pada Erynn membutakan matanya. Kali pertama bertemu, Darren Ho sudah jatuh hati. Perwatakan Erynn yang agak lurus mencuit hatinya. Kelembutan sifat Erynn meruntun jiwanya. Keikhlasan gadis itu menawan sanubari. Namun, latar belakang mereka yang jauh berbeza, apatah lagi perbezaan agama yang dianuti menjadi halangan besar buat mereka meneruskan hubungan.

Madam Ho sama sekali tidak mahu melepaskan Darren kepada Erynn. Maka, dia membuat muslihat untuk memisahkan mereka. Bagi mempertahankan nama keluarga Ho, Madam Ho memaksa Darren mengahwini Tania, gadis sebangsanya. Darren serba salah. Antara ibu dan kekasih, yang mana patut didahulukan? Mempertahankan cintanya atau terus menjadi anak yang patuh? Gila! Memang gila dibuatnya.

Yang pasti, dia tidak pernah berhenti membilang hari... bilakah cintanya dan Erynn bakal bersatu.

Terbitan Alaf 21 Sdn Bhd
Harga RM19.90, mukasurat 512.

Thursday, December 10, 2009

MEMILIH KEJU HALAL

Terdapat pelbagai jenis keju dijual di pasaraya. Jadi, bagaimana memilih yang HALAL?

* Pastikan ada logo Halal dari pengeluar di negara berkenaan. Contohnya, keju dari Australia mesti ada logo Australian Halal Board. Begitu juga keju dari France, New Zealand dll.

* Rennet - bahan yang digunakan bagi
menukar susu kepada pepejal keju. Biasanya ia diperbuat daripada bahagian dalaman perut binatang seperti lembu dsbnya. Jikalau lembu tidak disembelih mengikut keperluan agama Islam, bermakna ia tidak Halal dimakan. Kebanyakan keju dari Eropah menggunakan rennet daripada binatang.

Hanya pilih rennet:
- microbial rennet (diperbuat daripada microbes, termasuk fungi dan bakteria)
- non-animal rennet (diperbuat daripada bahan kimia lain atau sumber bukan binatang)
- vegetable rennet (diproses daripada sumber tumbuh-tumbuhan)

* Kini sudah ada keju yang tidak menggunakan rennet langsung tetapi melalui proses pemerapan (fermentation).

* Keju lembut (soft cheeses) seperti krim keju tidak menggunakan rennet dalam pembuatannya.

* Baca setiap paket keju yang dibeli kerana ia mungkin Halal dalam bentuk sebuku (block) tetapi tidak Halal dalam paket yang sudah diparut (ready grated).

* Keju dalam bentuk serbuk (kering) seperti Parmesan juga mungkin tidak Halal, jadi, berhati-hatilah selalu. Parmesan sering dihidangkan di restoran bersama Caesar Salad atau Spaghetti Bolognese.

Tuesday, December 8, 2009

TEMUI SAYA ...

SESI BERSANTAI BERSAMA NOVELIS BERSEMPENA DENGAN HARI PENGGUNA PERPUSTAKAAN UIAM

Tarikh : 21 Disember 2009 (Isnin)
Masa : 2.30 – 4. 30 petang

Tempat : Perpustakaan UIAM, Gombak


Jemput beramai-ramai memeriahkan acara ini.

Saya akan mengadakan sesi jualan & tandatangan novel serta buku-buku masakan.
Ramai penulis lain akan turut serta.
Jangan lepaskan peluang !!!

Tuesday, December 1, 2009

Aktiviti minggu lepas

Minggu lepas saya ditemubual oleh Dr Monique Zaini-Lajoubert, seorang pensyarah di Centre national de la Recherche Scientifique (CNRS) dari Perancis. Beliau memang seorang yang mahir di dalam bidang sastera Malaysia-Indonesia dan sering dijemput menyampaikan kertas kerja sama ada di Dewan Bahasa dan Pustaka atau universiti tempatan.

Dr Monique sedang mengumpulkan data untuk 'Kamus Wanita Pencipta' yang akan mempunyai maklumat tentang wanita-wanita di seluruh dunia yang berjaya dalam bidang masing-masing. Kamus tersebut bakal diterbitkan oleh Editions oles Femmes.

Saya juga sempat berfoto bersama Maria Tunku Sabri yang mengacarakan Pertandingan Memasak Ayamas-Keluarga-Rasa di Mydin USJ. Saya mengadakan demo 2 jenis masakan menggunakan produk Ayamas; sila lihat entry sebelum ini untuk resepinya. Maria memang bijak berceloteh dan menghiburkan pengunjung di pusat membeli-belah itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...