Thursday, August 27, 2009

Teh Tiga Lapis

Teh ini semakin digemari kerana rasanya seakan-akan air cendol. Biasanya, lapisan bawah gula merah boleh didapati di dalam botol 'sirap gula' yang sedia untuk digunakan tetapi sukar dibeli di kedai-kedai runcit yang biasa. Cuba sediakan untuk berbuka puasa, tentu enak... Sukatan adalah untuk menghasilkan 2 atau 3 gelas yang tinggi. Sukatan air gula, susu dan teh boleh diubahsuai ikut selera.

Bahan-bahan
200 ml susu cair

Ais secukupnya

Bahan Air Teh
200 ml air panas
1 uncang teh

Bahan air gula Melaka
80 g gula melaka
150 g gula merah
40 g gula pasir
200 ml air
1 helai daun pandan, disimpulkan

Jerang semua bahan air gula Melaka hingga mendidih.
Perlahankan api, renehkan hingga pekat (jangan terlalu pekat kerana ia akan menjadi keras bila sejuk). Biar sejuk.
Tuangkan air gula Melaka ke dalam gelas.
Tuangkan pula susu cair untuk lapisan tengah.
Akhir sekali, tuangkan air teh (perlahan-lahan) dan masukkan ais.

Credit foto : hiphopgals.blogspot.com

Biskut Nestum

1 cawan tepung gandum
1 camt serbuk penaik

1/2 camt soda bikarbonat
1/2 cawan Nestum
125 gm mentega

1/3 cawan gula aising

1 biji telur Gred A


Bahan Hiasan

Nestum secukupnya

kepingan badam

Cara membuat:

Ayak 3 bahan pertama. Satukan dengan Nestum.

Pukul mentega dan gula hingga sebati, masukkan telur dan pukul sebentar.

Bubuh campuran tepung dan uli menjadi doh yang lembut.

Bentukkan bebola dan salut dengan Nestum (hiasan).

Tekan sekeping badam di atasnya.

Bakar pada 175 C* selama 15-20 min atau hingga masak.


Nota: Jika adunan tidak lembut, uli kembali dengan sedikit mentega. Jangan uli semua sekali, memadai uli sebahagian yang mahu dibentuk. Seperti biskut yang mengandungi cornflakes/emping jagung, biskut mengandungi Nestum juga akan "keras" kerana ia menyerap kelembapan. Biar seluruh adunan agak lembik semasa anda mula membentuknya tetapi tambah sedikit tepung pada bahagian (mula-mula) itu.

* Bagi sesetengah ketuhar, suhu 160-170 C sudah memadai.

Tuesday, August 25, 2009

Trifle

Bahan-bahan
80 gm jeli perisa strawberi (kotak/paket)
400 ml air panas

180 gm kek gulung, dihiris nipis

100 gm buah-buahan koktel (tin)

300 ml susu segar

40 gm gula kastor

35 gm tepung kastard

200 ml krim putar

Hirisan buah dragonfruit atau lain-lain


Cara membuatnya

1. Campurkan jeli dengan air panas. Kacau hingga larut, ketepikan.

2. Susun kek di dalam mangkuk. Taburkan buah-buahan di atasnya.

3. Tuangkan jeli dan biar keras.

4. Larutkan tepung kastard dengan sedikit susu. Tapiskan ke dalam periuk.
5. Tuangkan baki susu dan gula. Kacau atas api perlahan hingga pekat.

6. Ratakan di atas jeli dan biar sejuk.
7. Pukul krim hingga kental. Picitkan di atas kastard.
8. Hias dengan buah-buahan.

Pai Lemon Meringue

Bahan pastri
240 gm tepung gandum
1/2 camt garam

120 gm mentega

2 camb air ais

Bahan inti
1 biji limau susu, diparut & perah airnya

3 biji kuning telur

100 gm gula kastor

¼ camt garam

4 camb tepung jagung

1 camb mentega

400 ml susu segar


Bahan atas (meringue)

2 biji putih telur

90 gm gula kastor


Cara membuatnya

1. Untuk pastri: Gaul tepung dan garam dengan mentega.
2. Masukkan sedikit demi sedikit air dan uli menjadi doh. Bungkus dan simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit.
3. Canai pastri dan alas tin pai berukuran 25 cm. Letak di dalam peti sejuk selama 10 minit.

4. Cucuk dasar dan keliling dengan garfu, alas dengan kertas kalis minyak dan isikan dengan kekacang (sebagai pemberat).
5. Bakar pada 200 C selama 10 minit. Ketepikan kertas dan kekacang, bakar 10 minit lagi.
6. Pukul kuning telur selama 3 minit, masukkan gula, garam, tepung jagung dan mentega.

7. Panaskan susu hingga hampir mendidih, tuangkan ke dalam bancuhan telur sambil diputar rata.

8. Kacau tanpa henti atas api perlahan hingga pekat.

9. Masukkan kulit dan jus limau susu, kacau sebati. Ratakan dalam kulit pai.
10. Pukul putih telur hingga kental, masukkan sedikit demi sedikit gula, pukul hingga kental.

11. Ratakan di atas inti limau susu. Bakar pada 170 C selama 15-20 minit atau hingga atasnya keperangan.

Monday, August 24, 2009

Ayam Percik

1 ekor ayam, potong 4 @ 6
1 kpg asam gelugur
1/2 camt halba

750 ml santan (2 kelapa)
garam, gula secukupnya



Bahan A

3 camb pes cili

1 labu bawang besar

4 ulas bawang putih

3 cm halia

3 batang serai
3 cm kunyit hidup


Kisar A. Jerang dengan semua bahan lain sambil dikacau hingga ayam setengah masak.
Keluarkan ayam. Masak kuah hingga pekat sedikit. Ubah ayam ke bawah gril atau panggang atas bara api sambil renjiskan kuah tadi. Bila masak sempurna, bolehlah diangkat. Panaskan kuah seketika kemudian hidangkan dengan ayam.

Friday, August 21, 2009

Setulus Kasih

Maafkan kekhilafan saya seandainya ada...
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
Semoga mendapat rahmat sepanjang bulan yang mulia ini...

Sharing Noreen's email ...

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan kalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada ALLAH Tuhan seru sekalian alam]
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia-siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal men yediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan...lorong-lorong redha Ar-Rahman
Duhai ILAHI....

andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju redho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
Namun teman...tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA
wahai TUHAN ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula ku sanggup ke Nerakamu ...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu
"ya ALLAH jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa..
ampunkan dosa2 kami, dosa kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup
mahupun yang telah meninggal dunia"
Amin.....
andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN
&
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Thursday, August 20, 2009

Radio24

Salam semua...

Saya
on-air di Radio24 yang diuruskan oleh Malaysian National News Agency (93.9fm) hari ini (Khamis) selepas siaran Berita jam 11 pagi. Boleh call-in untuk sebarang pertanyaan berkaitan sajian berbuka puasa dan lain-lain berkaitan makanan (termasuk biskut & kek untuk Hari Raya, mungkin...??)

Jika tiada kesempatan, boleh dengar siaran ulangan malam ni, jam 8.15.

Wednesday, August 19, 2009

Tuesday, August 18, 2009

CUMA DIA ~ terima kasih semua...

Jiha C Kepada kak zailina, n0vel akak yg bertajuk CUMA DIA tu mmg best giler..saya dah brape kali baca tau..harap akak akan hasil kan lebih byk n0vel best2 lagi. chay0k2 akak

Ibrahim H
Saya baru saja selesai membaca novel awak yang terbaru ( CUMA DIA ) yang saya beli minggu lepas. Sepatutnya boleh dihabiskan dua tiga hari saja, tapi maklumlah ada benda lain yang nak dibuat dan diselesaikan. Syabas dan tahniah saya ucapkan.

Saya amat tertarik dan kagum dengan cerita dan olahan yang dibuat.
Kisah cinta Meor / Jenny - Dalila / Iqbal, amat menarik walaupun mereka tidak seusia saya lagi. Tapi itulah cerita ! Kisah duka Majid dan terlarannya cinta Hilman menghangatkan cerita CUMA DIA.

Begitu juga hubungan Danial / Dewi Arifa, Farish / Nina yang telah ditakdirkan.
Sekali lagi diucapkan Syabas. Semoga dapat melahirkan novel-novel yang sentiasa bermutu.

Alisaleeya A
Saya rasa suka ngan buku awak yang kali ini....kerana ia berkisar ngan kehidupan kat sekeliling kita.......Watak Lila dan Iqbal...... Saya sungguh suka cara mereka berkenalan walaupun Iqbal tidak berterus terang.....tp akhirnya mereka berdua mempunyai perasaan tp tidak mahu atau mungkn malu untuk meluahkan........ membuatkan perhubungan mereka seperti tergantung.......ditambah lagi dengan pekerjaan Iqbal yg asyik keluar negeri dan tempat tersebut amat payah untuk mereka berkomunikasi.....memang dugaan bagi mereka berdua berat.......

Saya rasa sedih...kerana membayangkan yg Lila tertunggu-tunggu akan sms dari Iqbal......begitu saat Lila bertanyakan tentang Iqbal disaat semua orang telah kembali ke tanah air.......Membuatkan muncul satu watak lagi iaitu Hilman iaitu anak kepada kawan kepada ayah Lila iaitu Jenny..... sebenarnya kemunculan watak ini membuat saya geram....kerana ini memaksa Lila untuk menerima Hilman......saya ada terfikir kenapalah Lila tak menunggu Iqbal...kenapa?..mungkin sbb terpaksa......


Kesian Iqbal..muncul disaat Lila hendak berkahwin...kecewa mungkin tp tetap diteruskan juga.......
Apa pa pun, saya suka endingnya......Lila tetap berkahwin dengan Iqbal....dan mereka merupakan pasangan yang romantik.....hehehe ..suka saya.... Maklumlah, kan sebagai pembaca kita memang mahu setiap penutup cerita tu berakhir ngan bahagia........

Arizan
Saya dah khatam Cuma Dia - Best (3 in 1). Saya ingatkan kopi saja ada 3 in 1. Cuma terkilan cara Hilman menghilang diri begitu saja (tu le namanya cerita)

Buku Masakan Terbaru !!

KOMPILASI Masakan Arab menghidangkan 60 resipi masyarakat Timur Tengah. Sebagaimana yang kita maklum, resipi mereka banyak menghidangkan daging kambing, roti pita, kebab, sup, manisan, ayam dan sebagainya. Ia diperisakan pula dengan penggunaan kekacang, leek, minyak sapi, cili benggala dan rempah penumis.

Antara masakan Arab yang telah dicuba ialah Nasi Saudi, Kebab Daging, Bergedil Kacang, Baklava, Basboosa dan sebagainya. Bahan-bahan yang digunakan dalam resipi ini telah disesuaikan dengan selera masyarakat tempatan dan mudah didapati di mana-mana pasaraya.

Tajuk: KOMPILASI MASAKAN ARAB
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd

Penulis: NORZAILINA NORDIN

Harga: RM7.00

Halaman: 64

Monday, August 17, 2009

Minggu yang Padat

Minggu lepas merupakan minggu yang tersangat sibuk. Tidak larat seluruh badan, rasa hendak demam dan pitam. Risau juga kerana sekarang memang musim / wabak melanda. Di tengah kesibukan itu pula, pc saya meragam dan setelah diselidiki, rupa-rupanya ia rosak teruk dan memerlukan masa yang panjang untuk 'pulih'. Sesungguhnya, saya rasa down sangat kerana kerenah pc dan jadual yang menghambat ...

Let me share with you all, my schedule for last week:-

Sabtu, 08 : Juri Masakan di Penjara Kajang (Hari Keluarga Kakitangan)
Ahad, 09 : Juri Masakan di Saloma Bistro (anjuran Anjung Seri-Folite)
Selasa, 10 : Shooting Buku Masakan (13 jenis)
(malam) - Wacana Intelektual di Dewan Bahasa Pustaka
Khamis, 11 : Shooting Buku Masakan (17 jenis)
Jumaat, 12 : Juri Masakan di Berita Harian
Sabtu, 13 : Demo Masakan di Ajinomoto

Khamis depan (20 Ogos), saya dijemput ke Radio 24 (93.9fm) untuk sesi temubual sempena Ramadan yang bakal menjelang tiba. Rancangan itu ke udara kira-kira jam 11.15 pagi (selepas Berita). Dapatkan petua dan panduan tentang juadah berbuka, sahur dll. Boleh call-in dan tanyakan sebarang soalan...

Moga semua bloggers berada dalam keadaan sejahtera, insyaAllah.


Saka

Saka dipusakai oleh seseorang kerana nenek moyangnya telah mengadakan perjanjian dengan jin-jin saka pada zaman dulu. Dikatakan, kebanyakan orang pada waktu itu menggunakan khidmat jin sebagai ‘pembantu’ semasa hendak membuka hutan untuk membina perkampungan atau menolong dalam soal pendukunan atau menjaga kebun yang luas atau membantu mengerjakan ladang dll.

Orang yang ada saka lazimnya dapat melihat dan/atau berkomunikasi dengan makhluk-makhluk halus dan kadangkala meracau-racau tanpa sebab-musabab tertentu. Jika moyangnya ada saka, bapanya seorang yang alim, anaknya pula seorang ustaz, mungkin saka tersebut akan ‘timbul’ dalam diri generasi seterusnya (cicit). Oleh itu, ada baiknya kita tingkatkan amalan supaya dijauhkan dari sesuatu yang kufur.

Kaedah ini memang dianjurkan sekiranya hendak membuang saka tapi tak semestinya berkesan seratus peratus. (Amalkanlah setiap kali selepas solat dan akad seperti akad/janji depan Allah SWT)

1) Buat declaration/pengumuman berikut dengan suara yang jelas:

"Saya, mewakili diri saya, ahli keluarga saya, dan nenek moyang saya, ingin membuat pengumuman bahawa, kami memutuskan dan membatalkan segala kontrak dan perjanjian di antara kami dan kamu jin-jin saka dan juga di antara kami dan khadam-khadam ilmu yang diwariskan kepada kami. Janganlah kamu semua menghuni atau mengganggu kami lagi. Sekiranya kamu berbuat begitu, maka kami layak membunuh kamu, dan jika begitu kamu akan mati. Pergilah kamu pulang ke alam kamu dan jika kamu tiada tempat untuk di tuju, pergilah ke penempatan Darul Islah. Di sana kedatangan kamu dialu-alukan. Pergilah kamu. Kami membuang kamu."

Alfatihah - 7x
Al Falaq - 41x
An Naas - 41x
Alam Nasyrah - 41x

Ikhtiar kepada Allah SWT.

Tuesday, August 11, 2009

~Penawar H1N1~

Pengalaman (dari emel):
My staff was crying herself sick on Tuesday morning...was told that her son was confirmed of H1N1 in his Uni at Kangar, Perlis...worse was that when he was bedridden 2 days the warden didnt even bother to sent to hospital till his dad came fm KL and with his friends assistance brought him to GH Kangar....

No one bothered in the hospital and he was put in the normal ward for another 2 days!!! (imagine the amount of people he has infected!!)...after 2 days and his eyes were turning yellow and saliva greenish...he was put in quarantined room...

Called his mom to say...minta maaf and ampun la dosa dia, etc...she practically fainted just telling me the story.. cant do much cos she x have enough money to go to the north with the father... First thing we did was made her call the hospital and insist that they sent him to Sg.Buloh Hospital or any other hospital in KL since they seemed to be more alert and more equipped...they refused of course...so I sent her off to Kangar the same day to solve the problem.

Whilst this was happening, SUBHANALLAH, I had a call from one Ustaz who was in town to "help cure" another H1N1 child in Shah Alam....and was told this simple prescription by him.....of course kena redha pada ALLAH and niat dengan sesungguh nya...selawat 3x...

EAT MINIMUM 6 GREEN APPLES A DAY AND FRESH ORANGE JUICE for those with sore throat please blend the apples and keep on taking till your fever disappear and yr symtoms are gone....I cannot explain it but the child in Shah Alam was ok too after taking this tip....ALHAMDULILLAH...my staff's son was given the apple juice for the whole day on Monday/Tuesday and dengan kuasa ALLAH he was out of the fever yesterday
Wednesday....she called me and was crying on the phone to say that her son was out of ICU and was able to eat normally...all these happened within just 4 days today (thursday 6 august)...

This is just to share with my fellow sisters and brothers and hope this small info could assist others as well, INSYA'ALLAH!!!!!!!!!! No harm in trying and kuasa ALLAH anything can happen!!!!

Thursday, August 6, 2009

Sesaat Cuma

Esok, 7 Ogos 2009, tepat jam 12, 34 minit dan 56 saat ...
Tika yang tidak akan kunjung tiba lagi ...
Menarik untuk diingati
Mungkin terpahat seribu memori
Sesaat cuma ...
Adakah kalian akan bersendiri?
Mengingati kebesaran Ilahi?
Atau mencari diri di celah-celah sepi?
Sesungguhnya akan terjadi hanya sekali ...
Dalam kehidupan kita yang sementara ini.
12-34-56-7-8-9

Wednesday, August 5, 2009

Sejenak di UKM

Bersama pelajar2 Tingkatan 4 dari tiga buah sekolah sekitar Bangi yang menyertai program 'Aktiviti Bersama Pelajar Sekolah Menengah' sempena Aktiviti Pembudayaan Ilmu Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia. Bagi mereka, inilah kali pertama mendengar pengalaman seorang novelis menghasilkan buku dan pelbagai perkara menarik tentang novel-novel yang pernah saya tulis. Saya sempat menyuntik semangat dan nasihat buat mereka untuk berjaya sebagai seorang pelajar.

Kenangan dengan kakitangan Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM. Majlis dianjurkan oleh QIT Teknikal dan saya kira, ia usaha yang amat baik mendekatkan pelajar sekolah (terutama yang ada kaitan dengan Pusat Sumber) dengan persekitaran perpustakaan yang amat canggih dan besar itu. Terima kasih kepada semua yang terlibat di Perpustakaan Tun Seri Lanang dan Alaf 21 yang telah memberi peluang saya berkongsi pengalaman sebagai novelis dengan guru-guru dan para pelajar tersebut.

Tuesday, August 4, 2009

Sesi berfoto...

Selasa, 040809, jam 11 pagi. Saya bersama Chef Ismail menghadiri sesi fotografi di pejabat majalah The Malaysian Women's Weekly yang terletak di Uptown 2, Damansara. Kami dilantik sebagai Juri dalam Pertandingan 'Domestic Goddess Award'. Hampir 80 barangan dapur dan bahan masakan diadili untuk memilih yang terbaik di dalam setiap kategori. Pertandingan ini terbuka kepada pembaca majalah tersebut dan mereka mesti melengkapkan borang (yang bakal disiarkan di majalah itu tidak lama lagi...).

Minggu lepas pula saya menjadi tetamu Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Berunsur Islam Ke-12. Saya sempat merakamkan kenangan bersama dua orang penulis tersohor, Faisal Tehrani dan Nisah Haron. Tahniah kepada mereka kerana berjaya memenangi hadiah dalam kategori puisi dan cerpen...

A Weekend of Makan Sedap, hehe...

Hujung minggu ini bermulalah kesibukan saya. Hari Sabtu, jemputan (melalui Alaf 21) ke Penjara Wanita Kajang. Saya menjadi Juri Pertandingan Memasak & Gubahan yang dianjurkan oleh pihak penjara untuk penghuninya. Inilah kali ketiga saya ke sana. Kali pertama & kedua untuk mengendalikan Bengkel Penulisan bersama novelis Alaf 21. Saya pasti akan berasa 'sedih' dan 'terkilan' bila berada di sana, mengenangkan nasib dan kisah pahit-getir penghuninya melalui hari-hari dalam kesepian, terpisah daripada orang-orang yang tersayang...

Hari Ahad pula saya dijemput sebagai Juri untuk Pertandingan Memasak anjuran majalah Anjung Seri dan Fotile (peralatan dapur). Ia akan diadakan di Saloma Bistro dan bakal mengketengahkan bakat-bakat baru dalam bidang masakan. Anjung Seri adalah milik Berita Publishing. Sebenarnya, 17 tahun lalu, saya juga pernah memasuki pertandingan memasak di majalah Jelita (juga milik Berita Publishing) yang dianjurkan bersama dengan Kelloggs Cornflakes. Hmm, sungguh deras masa berlalu, ya?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...