Sunday, May 31, 2009

Penenang Jiwa



Foto-foto keindahan maya yg mencetuskan ilham dan memberi ketenangan yg tiada berpenghujung... semoga kita bersyukur dengan nikmat pemberian Yang Esa.

Thursday, May 28, 2009

Pedoman : Istighfar

Istighfar adalah salah satu ciri khas orang yang bertaqwa kepada ALLAH SWT. Itulah sebabnya, maka banyak sekali hadis yang memberikan tuntunan cara beristighfar, sampai kepada lafaz-lafaz istighfar. Salah satunya ialah Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar). Penghulu istighfar ialah kamu menyebut,

"Allaahumma anta Rabbii, laa ilaaha illa anta, khalaqtanii wa ana 'abduka, wa ana 'alaa 'ahdika wa wa'dika mastatha'tu, a'uudzubika min syarri ma shana'tu, abuu-u laka bi ni'matika 'alayya, wa abuu-u bidzambii faghfir lii, fa innahu laa yaghfirudzdzunuuba illa anta"
Ertinya:

"Ya Allah! Engkau adalah tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkau-lah yang menciptakan aku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku denganMu semampuku. Aku berlindung kepadaMu dari kejelekan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh karena itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau".

Beliau bersabda, "Barangsiapa yang membacanya pada waktu siang dengan penuh keyakinan, lalu dia mati pada hari itu sebelum petang, maka dia tergolong dalam penghuni syurga. Dan barangsiapa yang membacanya pada waktu malam dengan penuh keyakinan, lalu dia mati sebelum subuh, maka dia juga tergolong dalam penghuni syurga". (HR Bukhari:5831).

Inilah makna Islam sebagaimana terkandung secara makna dalam sayyidul istighfar:
Tidaklah seseorang meminta ampun kepada Allah dengan doa ini kecuali akan diampuni. Dengan ikrar dan pernyataan kita tersebut, kita sedar bahwa semua anggota badan kita adalah milik Allah. Untuk itu harus digunakan sesuai dengan kehendak pemiliknya. Kita harus menggunakan tangan kita sesuai dengan kehendak Allah. Kita harus menggunakan kaki kita untuk berjalan di jalan yang diredhai Allah. Mata, lisan dan telinga kita harus dipakai pada apa yang dibolehkan oleh Allah karena pada hakikatnya semua itu milik Allah.

Wednesday, May 27, 2009

Sepetang di Renaissance...

Minggu lepas, saya 'diheret' dua orang anak-anak gadis saya ke Renaissance Hotel. Mereka nak menyertai majlis Commemorate South Korea.






Pelbagai pameran dan acara berlangsung untuk mendekatkan Korea dengan rakyat Malaysia, sesuai dengan tagline majlis iaitu 'Korea - Closer Than You Think'.









Atas desakan mereka, saya pun menyertai pertandingan menyediakan jimbab, sejenis juadah tradisional Korea (tak jauh beza dengan sushi).









Sungguh tak sangka!! Saya telah memenangi hadiah USB. Kami bertiga juga menjamu selera dengan pelbagai juadah tradisional Korea serta muzik dan pertunjukan seni mempertahankan diri Taekwando.

Friday, May 22, 2009

Pedoman...

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya

Jemput ke Demo Memasak

Hari Ahad, 24 Mei 2009.
Jam 3-4 ptg.
Bertempat di Demo Kitchen, MPH One-Utama, Damansara.

Saya akan menunjukkan cara memasak:
(1) Tofu and Crabmeat Patties
(2) Fried Apple Jalebi in Fragrant Syrup
(3) Phad Thai

Tuesday, May 19, 2009

Yang Ditunggu... CUMA DIA

SINOPSIS
Bertemu Iqbal merupakan perkara terindah dalam hidup Dalila. Lelaki itu terlalu sempurna di mata dan hatinya. Iqbal kacak, berkarisma dan mempunyai aura yang memikat. Tetapi ada sesuatu yang mencetus rasa curiga Dalila.

Siapa Iqbal sebenarnya? Jejaka itu terlalu perahsia.
Entah kenapa, Iqbal ke luar negara hilang tanpa khabar berita. Dalila tenggelam punca. Langkah jejaka itu tidak dapat dijejak. Sendirian dia mengekang kesedihan yang bertandang.

Dipertemukan dengan Hilman oleh si ayah ibarat air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam. Agenda tersirat seorang ayah dapat ditelah.
Rupa-rupanya, Hilman adalah anak kekasih lamanya. Namun, Dalila akur jika itu sudah suratan. Apatah lagi Hilman berperibadi mulia.

Lima hari sebelum sah menjadi suri hidup Hilman, Iqbal tiba-tiba muncul di depan mata! Dalila ingin meraung sekuat hati. Tapi dia tidak mampu mengubah keadaan. Dia serba salah.

:: InsyaAllah, novel akan berada di pasaran pada 25 Mei akan datang. Terima kasih kepada semua terutama warga kerja Alaf 21 & teman-teman bloggers yg sentiasa memberi

Monday, May 18, 2009

Value your friends...

A Friend...
(A)ccepts you as you are
(B)elieves in "you"
(C)alls you just to say "HI"
(D)oesn't give up on you
(E)nvisions the whole of you
(F)orgives your mistakes
(G)ives unconditionally
(H)elps you
(I)nvites you over
(J)ust "be" with you
(K)eeps you close at heart
(L)oves you for who you are
(M)akes a difference in your life
(N)ever Judges
(O)ffers support
(P)icks you up
(Q)uiets your fears
(R)aises your spirits
(S)ays nice things about you
(T)ells you the truth when you need to hear it
(U)nderstands you
(V)alues you
(W)alks beside you
(X)- plain things you don't understand
(Y)ells when you won't listen and
(Z)aps you back to reality.

Saturday, May 16, 2009

Hal penerbitan...

Ain Aishah said...

salam kak norzailina..
nak tanya pula mcm mana kalo penerbit tu mula2 dia berminat ngn mss kita bila kita minta no tel dia sampai skg dia xbls. iya kita nak cari betul ke x sbb sebelum ni guna email2 je ngn syarikat tu. tgk address syarikat tu mcm byk hal aje yg tersimpan..ada org kata ada dua tpt..hmm tp ain confius sbb byk sgt ketaranya ngn syarikt tu. tkt la tersalah masuk. harap akak dpt menolong

May 2, 2009 11:39 AM

Jawapan :
Pada pendapat akak, penerbit itu tidak ikhlas dan lebih baik Ain cari penerbit lain yg lebih telus. Banyak terjadi penulis ditipu penerbit. Setelah dihantar mss, senyap saja dan tiba-tiba keluar novel yg sama, hanya nama watak-watak yg diubah. Oleh kerana tiada perjanjian 'hitam-putih', penulis terpaksa 'berputih mata'.

Sekitar tahun 2003 juga akak pernah "ditipu" oleh sebuah penerbitan. Hanya kerana percayakan 'kawan', akak hantar ke situ. Bila novel keluar, royalti tidak dibayar kerana pengurus penerbitan itu telah dibuang kerja kerana sesuatu sebab. Pengurusan terbaru kononnya tidak tahu menahu dan perjanjian 'terhilang'. 'Kawan' akak pun menghilang entah ke mana. Beberapa kali akak turun naik penerbitan itu, minta untuk melihat stok buku kerana kata mereka, buku tak laku jadi tiada royalti. Akak sendiri offer untuk kira tetapi mereka kata, susahlah... macam-macamlah semata-mata untuk mengelak. Jadi, sangat penting menyerahkan mss kepada penerbit yg boleh dipercayai...!!

Tuesday, May 12, 2009

Perkembangan terbaru...

Salam manis untuk semua...

Sejak habis outdoor shooting rancangan tv, saya bertungkus lumus pula dengan food-shoot bersama majalah Jelita (dua minggu berturut-turut), diikuti dua hari lagi dengan agensi di mana saya menyediakan juadah menggunakan ABC Saus Manis. Resepi tersebut bakal dikepilkan bersama pembelian botol sos manis tersebut. Memang enak dan sedap dicampurkan dengan nasi atau lauk-pauk lain...

Jadual padat ini tidak mengizinkan saya 'terlalu' memikirkan tentang novel terbaru yg akan menemui pembaca sekitar 25 Mei depan, insyaAllah. Hati berdebar juga kerana novel kali ini memang telah diberi "sentuhan baru" yg agak daring berbanding dengan novel-novel saya yg dulu. Almaklum, sebagai penulis, kita mesti rajin bereksperimen supaya pembaca tidak bosan. Kadangkala kita menulis bukan semata-mata untuk memuaskan hati sendiri tetapi juga apa yg kita tahu, akan menarik hati pembaca juga...

Bagi anda yg ada kelapangan pada 24 Mei yg akan datang, dari 3-4 ptg, saya akan berada di Demo Kitchen, MPH Bookstores, One Utama (new wing) untuk mengadakan Demonstrasi Masakan. Saya akan sediakan sebanyak 3 juadah daripada buku masakan yg diterbitkan oleh Malaysian Women's Weekly. InsyaAllah, semua orang boleh merasainya nanti...

Saturday, May 9, 2009

Resepi Kasih Ibu

Beberapa tahun lalu, Radio ERA menganjurkan Peraduan Resepi Kasih Ibu. Inilah resepi saya yg telah dipilih oleh Juri untuk ke peringkat akhir... Saya dan anak sulong menjadi tetamu ERA di sebuah hotel terkemuka. Ia pengalaman manis walaupun kami tidak memenangi tempat pertama...

250 gm kasih sayang
150 gm perhatian
120 gm hormat-menghormati
1 kotak besar doa
100 gm pati kemesraan
100 gm ulas dorongan
20 gm sos kesabaran } bahan inti
250 gm keimanan }
50 biji kebijaksanaan
4 camb serbuk garang
3 camb serbuk nasihat

Bahan Hiasan
10 helai daun usik-mengusik
10 kelopak bunga senyuman
5 keping hirisan leteran, dihiris halus
4 helai pucuk toleransi, dihiris halus

Cara membuat

1. Gaulkan kasih sayang, perhatian dan hormat-menghormati di dalam mangkuk kehidupan sehingga sebati.
2. Masukkan sedikit demi sedikit pati kemesraan diikuti oleh dorongan / sokongan. Uli perlahan sampai menjadi doh yg lembut.
3. Dalam mangkuk kekeluargaan, campurkan sos kesabaran dan keimanan sehingga rata.
4. Canai doh setebal 1 cm, ratakan campuran inti dan gulungkannya. Hiriskan dan letakkan dalam loyang.
5. Ratakan biji kebijaksanaan di atasnya.
6. Akhir sekali, taburkan serbuk garang dan serbuk nasihat secukup rasa.
7. Bakar di dalam ketuhar dunia akhirat sehingga keemasan.
8. Atur di dalam pinggan. Hiaslah dengan daun usik-mengusik, bunga-bunga senyuman, hirisan leteran dan pokok toleransi.
9. Sajikan dengan limpahan syukur.

:: Di kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Hari Ibu untuk semua ibu-ibu, 'Kasih Ibu Membawa Ke Syurga'...Ahad, 10 Mei adalah juga hari ulangtahun saya, bertuah rasanya!! ::

Monday, May 4, 2009

Sesi shooting tiga hari...

Hari pertama di lokasi shooting untuk rancangan 'Enak Lagi Sihat' berlangsung di hadapan Rumah Perlis, Tmn Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam.

Sungguh seronok bekerja dgn krew Nafalia dan hos, Linda Onn. Sebelum sesi masakan bermula, sekumpulan monyet datang dan cuba mencuri buah-buahan di atas meja. Malah, ada seekor yg telah menggugurkan berpuluh-puluh biji sejenis buah hutan betul-betul di atas meja dengan harapan untuk menakutkan kami. Ia memang pengalaman yg melucukan...

Hari ke-2 di Laman Padi begitu menyeronokkan kerana tempat penyediaan dsbnya terletak di sebuah 'teratak' di atas kolam yg tenang lengkap dengan air terjun. Namun 'dugaan' paling hebat adalah kerana suasana agak bising (berdekatan lebuhraya) serta bunyi kapalterbang (pelbagai jenis, hehe...) yg berlegar di angkasa.

Hari Sabtu memang Tmn Pertanian menerima kunjungan ramai, jadi, ada juga yg turut menyaksikan rakaman dibuat. Hari ini mencatat sejarah dalam hidup Nazurah (assistant chef) kerana harijadinya yg ke-18 (dan dia 'terpaksa' bekerja, haha...)

Hari ke-3 kami di lokasi berdekatan Menara Pandang. Suasana damai dengan langit yg sesekali mendung dan angin yg menderu amat menyamankan. Shooting berjalan lancar dan semua krew begitu seronok menjalankan kewajipan masing-masing.

Membuat jenaka adalah suatu kemestian dalam setiap sesi penggambaran kerana ia akan menghilangkan tekanan kerja di bawah terik cahaya matahari. Shooting bermula jam 10.30 pagi, berakhir jam 7 petang. Terima kasih kepada semua yg menjayakan kerana setiap sesi shooting memang meninggalkan kenangan yg manis... Tidak lupa untuk rakan2 bloggers yg mendoakan... Alhamdulillah, hujan renyai hanya 3 minit kelmarin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...