Tuesday, April 28, 2009

Jadual Padat

Minggu yang sibuk kerana persiapan untuk shooting rancangan masakan 'Enak Lagi Sihat' akan bermula Jumaat ini. Sebanyak 5 episod (15 resepi) yang bakal ditayangkan di tv sepanjang Syawal depan, insyaAllah.

Saya ke kedai membeli beberapa peralatan dapur seperti mangkuk-mangkuk kecil, perkakas memasak dan seumpamanya. Juga beberapa jam lagi akan dihabiskan untuk membeli bahan-bahan masakan. Kadangkala 'beberapa jam' akan melarat ke beberapa hari sekiranya bahan yang saya cari di pasaraya A tiada. Terpaksalah berkejar ke pasaraya B pula... pernah beberapa kali terjadi, bahan yang kita hendak guna, seperti daging kisar, tiba-tiba tiada stok di empat atau lima pasaraya - jadi, terpaksa kisar sendiri daging yang dibeli. Itulah cabarannya...

Shooting selama 3 hari di lokasi luar merupakan dugaan juga kerana cuaca yang tidak menentu. Ia berbeza dengan shooting di studio di mana semua peralatan sudah tersedia. Ini adalah pengalaman menarik, saya kira. Doakan semuanya berjalan lancar, ya.

:: Nak relax jap siang tadi, saya sempat menonton 'Queens of Langkasuka'. Memang berbaloi walaupun ada komen seseorang bahawa filem epik-sejarah selama 2 jam tu agak 'dragging'. Saya terharu lihat peperangan Langkasuka dengan kumpulan lanun di akhir cerita kerana teringatkan begitulah jua keberanian pahlawan Melayu menentang serangan Portugis di Melaka sekitar Ogos 1511 ::


Thursday, April 23, 2009

Nak tulis novel?

Novel 'Getaran Rindu' terbitan Alaf 21 telah diulangcetak sebanyak lima kali... saya bersyukur dan ucapkan terima kasih kepada semua yang telah membeli, membaca dan mendapat manfaat daripada novel ini. Secara peribadi, saya paling suka novel in kerana "WATAK" diri saya sendiri ada di dalamnya...hehe

Lagi tips tentang penulisan:

Kelmarin ada seseorang mengirimkan emel, ingin tahu prosedur menulis novel dan hal2 yg sewaktu dengannya. Jadi, saya ambil kesempatan ni untuk huraikan serba sedikit:

Font & Spacing
Lebih baik pilih Times New Roman saiz 12. Spacing pula langkau satu setengah baris (1.5 spacing). Mulakan bab baru di mukasurat baru, dengan bilangan bab dan tajuk kecil (jika ada).
ps: Anehnya saya, kalau nak mula novel baru kena cari font yg sesuai baru boleh mula. Tiada kategori khusus, hanya apa yg dipanggil ‘gerak hati’. Kadangkala saiz 11, bergantung pada font.

How long?
Bergantung pada soalan ini: Di mana karya nak dihantar? Beli beberapa buah buku terbitan syarikat tersebut dan tengoklah kecenderungan mereka. Ok, jika novel untuk kanak2 atau remaja (khusus untuk remaja di sekolah), pastilah lebih pendek. Jika novel berunsur cinta tentulah mencapai 550 muka surat atau lebih sedikit. Jika didapati terlalu panjang, Editor akan suruh potong. Kalau terlalu pendek, mungkin harga novel yg sudah siap agak murah.
ps: Manuskrip akan melalui pelbagai proses dan berapa tebal hasilnya setelah siap sukar dijangkakan dengan tepat. Give an allowance of 15-20 pages from the original manuscript.

How to send?
Hantar sendiri (jika tinggal berdekatan penerbit) atau kirimkan melalui Pos Laju/Pos Berdaftar. Sertakan surat mengesahkan penerimaan (oleh penerbit) yg akan dikirimkan kembali kepada anda. Ini adalah penting sebagai bukti i.e. black-and-white. Kalau main telefon saja, orang boleh lupa (unless u tape the conversation, which is unlikely…)
ps: Kalau anda dah jadi penulis best-seller, boleh emelkan saja manuskrip, penerbit akan terima dengan senang hati…


Petikan : norzailina.wordpress.com

Mungkin saya bukanlah orang paling tepat untuk berbicara tentang novel cinta (ramai lagi di luar sana yg lebih terror dan menonjol) tapi rasanya, bolehlah saya kongsi sedikit pengalaman.

*Gaya Bahasa
Gaya bahasa atau stail adalah ‘kekuatan’ penulis. Setiap penulis mempunyai stail yg berbeza dalam persembahan novel mereka. Jika anda mempunyai stail tersendiri yg hebat, anda dikirakan sebagai seorang penulis yg outstanding. Jadi, bagaimana nak dapatkan stail begitu? Kita masih boleh meniru stail penulis pujaan kita tetapi jangan sampai terikut-ikut dari segi struktur ayat dsbnya. Cuba dapatkan stail sendiri dengan bereksperimen. Baca sebanyak buku yg mungkin dengan pandangan kritikal terhadap stail penulis tersebut. Buat perbandingan antara buku. Anda akan dapati, anda boleh cipta stail tersendiri merangkumi beberapa aspek dalam buku2 tersebut. Pada mulanya mungkin sukar untuk mengadaptasi tapi lama-kelamaan, anda akan rasa selesa.

*Bahasa indah
Salah satu cara untuk menyuntikkan bahasa indah ke dalam karya adalah dengan membaca banyak buku/novel nukilan beberapa penulis ‘nama besar’ yg terkenal (pada zamannya atau zaman sekarang). Novel klasik mereka harus dijadikan guideline. Shahnon Ahmad, mungkin dengan ‘Ranjau Sepanjang Jalan’, A.Samad Said dengan ‘Salina’ atau Azizi Hj Abdullah dgn ‘Seorang Tua di Kaki Gunung’; sekadar menyebut beberapa nama. Deskripsi latar (langit, laut, gunung dll) atau wajah seseorang (fizikal/emosi) akan memberi keindahan pada karya. Ini mungkin terbit dari hati penulis itu sendiri - cuba fikirkan bila dan di mana fikiran anda terangsang untuk berpuitis.
Adakah bila berada di tepi laut?
Adakah bila mendengar lagu sentimental?
Adakah setelah membaca novel yg menyentuh hati?

Jangan give-up kalau tak boleh pada percubaan pertama atau kedua. Menjadi penulis bukanlah mudah, sebenarnya. Sesetengah orang mengambil masa lima bulan untuk menjadi terkenal, sesetengahnya lima tahun; selebihnya mungkin selepas kematian penulis.

Ada penulis berbakat, ada penulis rajin. Penulis berbakat yg malas takkan ke mana2. Penulis rajin akan terus berusaha sehingga berjaya menghasilkan karya yg akan diiktiraf, meraih anugerah dan diingati sepanjang zaman.


Monday, April 20, 2009

Sedapnya Anggur...


One of my favourite photos.
Kami ada tanam sepohon anggur di halaman rumah, mudah-mudahan ia akan cepat besar dan berbuah banyak...tak sabar rasanya nak merasa bagaikan tinggal di kawasan Mediterranean...
Ada 50 jenis anggur yang sesuai dimakan begitu saja, sebagai pencuci mulut. Anggur yang menerima lebih banyak pesticides (pembunuh kulat) mempunyai kulit yang agak pahit manakala yang ditanam secara organik lebih manis. Jenis anggur yang paling digemari tentulah yang tidak mengandungi biji atau seedless.

Sesiapa yang teringin merasa keadaan di ladang anggur boleh melawat kawasan penanamannya di Sg. Batu Pahat, Perlis. Masa dicadangkan: September.

Thursday, April 16, 2009

KL Book Fair

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR
SAYA AKAN BERADA DI PWTC PADA HARI

Sabtu & Ahad (25 & 26 April 09)
dari jam 11 pagi - 4 ptg

:: Sila kunjungi blog ini untuk berita terkini tentang novel terbaru saya berjudul 'CUMA DIA' ::
~ Terima kasih yg tidak terhingga buat kalian ~

Monday, April 13, 2009

Siapa kahwin ni...?

Istimewa buat tatapan pengunjung blog yang setia. Inilah foto perkahwinan yang julung-julung kali dipamerkan di alam siber. Tarikh 24 Oktober depan genap 26 tahun usia perkahwinan KNY bersama saya...

Friday, April 10, 2009

Soalan drpd Blogger

Ada blogger telah bertanyakan dua soalan:
* Bagaimana hendak berkarya dengan baik
* Petua hendak mula menulis novel

Untuk berkarya dengan baik:
1) Banyak membaca
Apa saja bahan bacaan tidak kira di media cetak atau elektronik. Jika ingin menulis novel remaja, bacalah sebanyak mungkin novel remaja di pasaran. Cari suatu sudut penceritaan atau kisah yang berbeza daripada yang ada. Jika anda mempunyai stail penulisan yang tersendiri, ini adalah lebih baik tetapi 'stail' yang dimaksudkan ini selalunya akan terbentuk selepas kita menulis beberapa buah novel.

2) Peka terhadap alam sekeliling
Di dalam novel, tentu sekali ada deskripsi tentang hutan, misalnya. Jadi, apa yang ada di dalam hutan? Pokok-pokok dan semak-samun, bukan? Bagi seseorang penulis yang 'peka', dia tidak akan menulis pokok (tanpa nama) tetapi memberi namanya yang betul seperti pokok jati, meranti, rumput sambau atau mempelas dll.

3) Rajin membuat research
Jika (2) adalah tentang alam sekitar, anda perlu juga membuat kajian tentang pekerjaan watak di dalam novel tersebut. Contohnya, seorang doktor. Jangan sekadar memeriksa pesakit dan memberi ubat. Nama penyakit mesti dinyatakan sekali, juga ubat-ubatan atau rawatan yang diberikan. Semuanya ada di dalam internet, jadi, tiada alasan lagi untuk penulis sekarang 'malas' membuat homework.

4) Penerbit mana?
Anda ingin menulis novel kisah cinta? Cari novel penerbit tersebut. Perhatikan berapa tebal novel yang sering diterbitkan oleh mereka. Bagaimana pula kisahnya? Penggunaan ayat, struktur bahasa dll. Sebaik-baiknya, tulis novel mengikut 'garis panduan' tersebut tetapi jangan sesekali menulis jalan cerita yang sama atau meniru 'stail' penulis yang sedia ada.

:: akan bersambung ::


Thursday, April 9, 2009

Minggu yg sibuk...

Hari ini selesai 4 hari marathon memasak 56 resepi (50 untuk buku masakan 'Timur Tengah' manakala 6 resepi sesi client-tasting menggunakan produk keluaran mereka). Minggu depan bersambung lagi untuk melengkapkan 60 resepi buku masakan dan food-shoot sebanyak 5 resepi untuk klien tersebut. Hmm... bunyi macam jadual yang padat dan sungguh memenatkan, bukan? Namun itulah 'kerja' saya (lazimnya), selepas menyudahkan novel (dan sebelum memulakan novel baru...)

Minggu lepas juga saya menerima tawaran dari akhbar Berita Harian Singapura untuk menulis rencana bagi ruangan 'Apa Kata Chef' bersama 3 chef lain secara bergilir-gilir. Terima kasih kepada Jamilah (dulu bersama Marshall Cavendish) yang masih mengingati saya setelah sekian lama dan memberikan peluang saya berkongsi ilmu memasak dengan pembaca (setelah selama hampir 2 tahun saya mempunyai ruangan sendiri di akhbar Kosmo).

Syukur, rezeki yang datang membayangkan masa yang agak terhad untuk saya berblogging tetapi saya masih setia ke sini apabila ada kelapangan, bagi menjenguk kawan-kawan (lama dan baru) yang sudi menyapa di Msjbox atau meninggalkan komen. Kepada kalian, terima kasih kerana sentiasa menceriakan hari-hari di mana saya dilanda kesibukan yang teramat...

Kepada semua, semoga tabah menghadapi apa jua rintangan dan tingkatkan semangat untuk melaksanakan apa saja yang telah diamanahkan kepada kita!

:: Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih ::

Friday, April 3, 2009

Harmoni (1-15 Apr 2009)



Artikel yang muncul di majalah Harmoni tentang penglibatan saya dalam bidang masakan dan penulisan. Terima kasih kepada Utusan Karya khasnya Zalifah Abdullah (wartawan) dan Noor Azlina Jaafar (foto).

Wednesday, April 1, 2009

Selesai sudah...

Assignment kelmarin, 10 masakan menggunakan herba keluaran McCormick. Antaranya, basil, bay leaves, paprika, turmeric (kunyit), serbuk lada hitam, Season 'n Fry (pelbagai perisa), thyme dll.

Mudah digunakan dan aroma herba pasti memikat selera terutama untuk masakan Western. Namun eksperimen saya mencampurkan thyme ke dalam Kuih Talam Berlauk ternyata menyerlahkan keharumannya.

Supaya tahan lama, simpan botol herba di dalam peti sejuk (bahagian bawah) dan sebaik-baiknya, masukkan herba ke dalam sajian sejurus sebelum memadamkan api (supaya aroma lebih kekal).


Booklet resepi boleh diperolehi bila membeli produk keluaran McCormick. Sesi fotografi dengan Ikram Ismail berlangsung selama 4 jam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...