9
Sinopsis:
KATA orang, cinta tidak mengenal siapa. Cinta itu perkara biasa bagi makhluk yang bergelar manusia. Mahu bercinta, ingin dicintai – itu sudah pasti! Persis ombak dan pantai yang tidak ingin berpisah walau sesaat. Itulah CINTA!

Cinta yang mendalam pada Erynn membutakan matanya. Kali pertama bertemu, Darren Ho sudah jatuh hati. Perwatakan Erynn yang agak lurus mencuit hatinya. Kelembutan sifat Erynn meruntun jiwanya. Keikhlasan gadis itu menawan sanubari. Namun, latar belakang mereka yang jauh berbeza, apatah lagi perbezaan agama yang dianuti menjadi halangan besar buat mereka meneruskan hubungan.

Madam Ho sama sekali tidak mahu melepaskan Darren kepada Erynn. Maka, dia membuat muslihat untuk memisahkan mereka. Bagi mempertahankan nama keluarga Ho, Madam Ho memaksa Darren mengahwini Tania, gadis sebangsanya. Darren serba salah. Antara ibu dan kekasih, yang mana patut didahulukan? Mempertahankan cintanya atau terus menjadi anak yang patuh? Gila! Memang gila dibuatnya.

Yang pasti, dia tidak pernah berhenti membilang hari... bilakah cintanya dan Erynn bakal bersatu.

Terbitan Alaf 21 Sdn Bhd
Harga RM19.90, mukasurat 512.

Post a Comment

tahniah diatas terbitan novel baru dari kak norz...semoga terus mendapat tempat dihati peminat2 novel

Salamz Kak Norz,

Wah.. tahniah daun keladi krn novel baru lahir lagi. Yihaa..

Alahaii.. baru je terasa seperti semalam mengulit "cuma dia" , tup2 sudah ada yg baru pula. Cepat sungguh 365 hari itu berlalu ya.. hik hik..

Tahniah kak, ada novel baru, saya misti beli!

tahniah atas kelahiran novel baru akak.. saya ni dah jarang2 mengomen entri akak tetapi tetap baca blog ni jugaa.
dalam diam dah ada novel baru ye :)
nak kene cari nanti ni.....:D

salam kak norz :)

terasa baru lagi baca Cuma Dia.. dah kuar plak Cinta 365 Hari. Tahniah kak!

Masa Pesta Buku Alaf baru2 ni tak kuar lagi ye kak buku ni? Mcm takde jer. ke saya yang terlepas pandang.

Kelihatan menarik. Wacana dua budaya. Mahu beli atau tidak? Mahu beli? Tidak? Mahu!

Tahniah Kak Norz,
Macam mana lah agaknya akak menulis tutp tup dah dua selepas kenal...

Romantic cover, lovely view, mysterius title..ada angka2 lg - ermm tahniah Norza, moga jd chart topper!

Tahniah! 365?
Romantiknya bukuuu...

Selamat Tahun Baru 2010,
Hari ni 02.01.2010,
Dah tinggal 364,
alahai, countdown oh countdown,