31
Terdapat pelbagai jenis keju dijual di pasaraya. Jadi, bagaimana memilih yang HALAL?

* Pastikan ada logo Halal dari pengeluar di negara berkenaan. Contohnya, keju dari Australia mesti ada logo Australian Halal Board. Begitu juga keju dari France, New Zealand dll.

* Rennet - bahan yang digunakan bagi
menukar susu kepada pepejal keju. Biasanya ia diperbuat daripada bahagian dalaman perut binatang seperti lembu dsbnya. Jikalau lembu tidak disembelih mengikut keperluan agama Islam, bermakna ia tidak Halal dimakan. Kebanyakan keju dari Eropah menggunakan rennet daripada binatang.

Hanya pilih rennet:
- microbial rennet (diperbuat daripada microbes, termasuk fungi dan bakteria)
- non-animal rennet (diperbuat daripada bahan kimia lain atau sumber bukan binatang)
- vegetable rennet (diproses daripada sumber tumbuh-tumbuhan)

* Kini sudah ada keju yang tidak menggunakan rennet langsung tetapi melalui proses pemerapan (fermentation).

* Keju lembut (soft cheeses) seperti krim keju tidak menggunakan rennet dalam pembuatannya.

* Baca setiap paket keju yang dibeli kerana ia mungkin Halal dalam bentuk sebuku (block) tetapi tidak Halal dalam paket yang sudah diparut (ready grated).

* Keju dalam bentuk serbuk (kering) seperti Parmesan juga mungkin tidak Halal, jadi, berhati-hatilah selalu. Parmesan sering dihidangkan di restoran bersama Caesar Salad atau Spaghetti Bolognese.

Post a Comment

terima kasih kak atas panduan tu
AYE pun suka juga dengan keju dan setiap kali beli keju mesti nak pastikan ada tanda halal...
tapi dah lama tak makan keju... sebab macam2 citer dah tak yakin plak... tapi sekarang ni dah ada panduan senang la.

salam Kak lina..
terima kasih share info yg sgt berguna tu..

Terima kasih Kak Lina. Memang info yang saya tunggu-tunggu selama ni. Jenuh mencari keju yang halal. Kena teliti dan rajin meneliti isi kandungan kalau berhajat nak membeli keju. Terima kasih sekali lagi.

Salam Puan Norzailina,
Sekarang ni keju halal buatan bumiputera Islam dari produk kelapa sawit dah ada di pasaran...insyaallah lagi dijamin halal-D qisra cheese

AYE >>
Sama2 kita mendpat manfaat,insyaAllah.

umieaisyah >>
Sama2, umieaisyah.

AbbotCottage >>
Setiap yg kita makan tu akan menjadi darah daging. sentiasa berhati2, kan.

Adnazthie >>
Thanks krn info. Bolehlah cari nanti.

salaam, kak lina. Terima kasih utk info ini.

This comment has been removed by the author.

salam kak lina..

terima kasih ngan info ni..sangat berguna sekali..Alhamdulillah..

terima kasih byk chef norz,dok tunggu2,baru hari ni keluar.susah sungguh nak mkn keju la ni .kraft betul2 halal ka?

frida & hanimmokhtar >>
Sama2. Kita beli D-qisra cheese, buatan tempatan, insyaAllah tiada masalah lagi...

MAK TEH >>
Kraft kena tengok juga tanda Halal & bahan2 sebab kadang2 boleh berubah mengikut keperluan mereka... Selama ini, insyaAllah, ok. Jenama popular lainnya seperti Chesdale, bergantung kepada jenama keju sebab cheddar, mozarella, parmesan dll diperbuat dengan cara yg berbeza.

mesti pastikan dari ingredients cheese tu yg bahan pembekunya must be pepsinogen [lembu] dan bukan rennet[khinzir]. Kalau di States, 70% cheese guna rennet.

Salam Kak Liza...

Terima Kasih dengan info yang diberi. Semalam baru je cari keju. Tapi disebabkan was-was, tak jadik amik. Lepas ni dah tak de masalah. Saya ingat nak masukkan info ini dalam blog saya...boleh ke?

Salam..
saya pun bercadang nak masukkan info ini dlm blog saya..minta izin yer kak Norz..

nojie >>
Pepsinogen perlu daripada lembu yg disembelih secara Islam.

Kak Jay >>
Silakanlah.

PINATBATE >>
Akak beri izin. InsyaAllah, sama2 kita dpt manfaat.

salam kak,
info yang amat berguna dan memberi manfaat kepada seluruh umat islam..kalau akak dan dapatkan keju halal buatan malaysia..bolehlah kunjungi blog saya yer...
terima kasih

Salam Ummi Anggun...

boleh tak bagi nama blog?

assalamualaikum kak norza,
macamana dengan kat pizza hut dan dominos pizza?kan gunakan cheese.

assalamualaikum kak norza,
macamana dengan kat pizza hut dan dominos pizza?kan gunakan cheese.

This comment has been removed by the author.

Assalamualaikum, TQ krn chef sudi berkongsi info dgn lbh lengkap lg ttg cheese ni. Sebelum ni dah baca info chef ttg keju ni kat soal jawab masakan alaf 21.
Nak minta izin chef utk masukkan info ni kat blog anak saya.

Salam, boleh saya tahu dimana boleh dapatkan keju D Qisra, lagi satu adakah serbuk keju(dibungkus semula)yang dijual dikedai-kedai kek halal?

Salam,
Kalau nak dapatkan keju D'qisra cuba bukak website dieorang: www.dqisra.com

salam k.Lina..
TQ utk info yg sgt brguna ni... izinkan sy masukkan info ni dlm blog sy utk rujukan sy & rakan2....

Salam,

bagaimana pula keju dari produk kfc, McD atau pun pizza yg dijual dan mendapat sambutan hangat rakyat M'sia? Saya meragukan status Halal Mereka?

Ada sesiapa yg dapat bantu?
TY.

Salam. Saya nk share blog akak dkt fb utk sebarkan info ni. Mohon diizinkan :)

Cheese atau keju yang digunakan di Pizza Hut, KFC atau fast-food restaurants yang telah mendapat sijil halal JAKIM, hendaklah kita yakin bahawa keju yg digunakan adalah Halal.

Sebab:
Jakim memeriksa sesuatu perniagaan tu dgn teliti sebelum memberi sijil halal.

Contohnya:
Mi goreng- JAKIM akan pastikan Mi tu dibuat dari bahan yg halal oleh syarikat yg jg telah mendapat sijil halal. JAKIM akan pastikan bahan2 yg digunakan utk memasak mi goring tu juga halal. JAKIM akan pastikan tukang masaknya boleh mengucap kalimah syahadah. JAKIM akan pastikan pinggan mangkuk, peralatan memasak dan segala aspeknya memenuhi kriteria halal JAKIM yg amat terperinci.

Yang kita harus buat ialah pastikan cawangan/francais restoren makanan segera tersebut (yg kita nak masuk tu) juga mendapat Sijil Halal JAKIM. Setiap cawangan/francais perlu memohon Sijil Halal secara sendiri dgn JAKIM.

Percayalah kepada JAKIM kerana mereka juga didokong oleh orang2 yg takutkan ALLAH....wallahu'alam.


Kak Ros.

as salam sis,nk tanya,bleh ke muslim mkn produk keju yg xde logo halal jakim?.kbnykkan kju2 bleh dkatakan smua dr logo halal dr ngara2 mreka..

Saya ada jual rennet dari sayuran. Call/sms/whatsapp 011-15758714

Cheddar cheese jenama kraft tu halal ke?

Assalamualaikum,mna boleh dapat ye jenama tu area alor setar