7
Minggu lepas saya ditemubual oleh Dr Monique Zaini-Lajoubert, seorang pensyarah di Centre national de la Recherche Scientifique (CNRS) dari Perancis. Beliau memang seorang yang mahir di dalam bidang sastera Malaysia-Indonesia dan sering dijemput menyampaikan kertas kerja sama ada di Dewan Bahasa dan Pustaka atau universiti tempatan.

Dr Monique sedang mengumpulkan data untuk 'Kamus Wanita Pencipta' yang akan mempunyai maklumat tentang wanita-wanita di seluruh dunia yang berjaya dalam bidang masing-masing. Kamus tersebut bakal diterbitkan oleh Editions oles Femmes.

Saya juga sempat berfoto bersama Maria Tunku Sabri yang mengacarakan Pertandingan Memasak Ayamas-Keluarga-Rasa di Mydin USJ. Saya mengadakan demo 2 jenis masakan menggunakan produk Ayamas; sila lihat entry sebelum ini untuk resepinya. Maria memang bijak berceloteh dan menghiburkan pengunjung di pusat membeli-belah itu.

Post a Comment

Tahniah sebab akan menjadi 1 daripada wanita yg masuk dalam buku 'Kamus Wanita Pencipta'

nani

alhamdulillah,
saya turut sama berdoa kepada kejayaan,
TAHNIAH Kekanda.


Soalan:
kenapa orang kita (orang Malaysia umumnya) TAKUT untuk mengenali DIRI dan mengetahui tentang soal HATI,?
http://zulabdulrahman.blogspot.com/2009/12/kenali-dirimu-dengan-sekuat-kuat-hatimu.html

Tahniah kak norz...muahssss semoga sukses selalu :D

happyniniecakes, tq kerana sentiasa beri sokongan kpd akak.

Zul, terima kasih. Moga diri adik juga sentiasa dirahmati.

angriani, tqvm. Mudah2an dirimu sekeluarga sentiasa gembira & bahagia selalu...