1
Terima kasih kepada Iza yg telah memberikan feed-back terhadap novel 'Cuma Dia'. Novel tersebut mendapat pelbagai reaksi pembaca dan saya kira komen Iza agak menarik. Saya hargai sokongannya dan izinkan saya kongsi e-melnya di sini:

Salam norzailina,


Baru-baru ini saya telah membaca novel anda yang terbaharu iaitu Cuma Dia. Ceritanya amat menarik dan saya juga ada beberapa koleksi novel hasil tulisan tangan anda dan Cuma Dia is the best buat ketika ini.

Jalan cerita yang menarik dan amat memilukan apabila membaca kisah love affair between Meor and Jenny dan sebagai seorang isteri saya meletakkan diri saya di tempat Suraya. Amat pedih rasanya. But you have done very well, Syabas.

Maaf sekiranya saya ingin memberi cadangan kepada anda supaya diadakan kesinambungan Cuma Dia (kisah seterusnya Iqbal dan Dalila, Hilman dan terutama sekali kisah lanjutan perkahwinan Meor dan Jenny). Perkahwinan mereka tidak bahagia atau apa yang terjadi kepada Majid will happen to both of them, Meor mula melupakan Suraya mungkin Suraya akan pulih dari penyakitnya dan bangkit sebagai seorang wanita yang tabah dan mengecap kebahagiaan untuk dirinya.

Saya berharap dan menanti kesinambungan Cuma Dia dan saya percaya anda akan memberi yang lebih baik lagi untuk karya anda seterusnya. Saya akan terus menanti.

Iza

Post a Comment

Saya sokong..mmg ptt da kesinambungan Cuma Dia,...nak tau gak pe citer Malik N Jenny..tapi yang paling nak tau psl Iqbal n Dalila..suka la ngan watak dorang..cam kita lak jadik Dalila..hahaha..Prasan lak!! hehehe