7
Tahukah kalian, ada satu bahagian lembu berdekatan daging batang pinang, yang digelar HARIMAU MENANGIS?

Dikatakan bahawa daging di bahagian itu adalah PALING LEMBUT dan mungkin sangat mudah empuk bila dimasak sebentar. Ia mendapat nama unik 'Harimau Menangis' kerana bahagian paling sedap itu tidak boleh dicapai oleh mulut atau gigi harimau disebabkan kedudukannya di celah tulang belakang lembu ... Jadi, harimau yang tidak dapat memakannya akan 'menangis' ...

Begitu unik cara orang-orang Melayu dahulu kala memberi nama, bukan?
Jika kalian tahu sebarang nama unik lagi, marilah berkongsi ilmu itu demi memperkayakan Bahasa Melayu.

Post a Comment

Salam NorZ, tahu.. tahu.. Sekali dulu minta harimau menangis kat penjual daging..dia pandang tepat kat saya.. dan cakap.."pandai kakak pilih daging.."heheheh

kalau 'raja menangis'?
harimau pun tentu akan menagis jugak kan kanda. =)

prosa kata-bahasa:
'kitab',
ada 1 di bahagian lembu, kat mana?

kambing tak pasti-rasanya ada juga, sebab kerbau ada.

salam sis... baru 1st time dengar istilah tu :S

daging lembu yang berada di sebelah kaki lembu (salah satu daripada 4 kaki tersebut) dan kedudukannya adalah di bahagian lipatan paha lembu tu. Kenapa ia sedap? Daging ni sedapp sangat ye la harimau pun blh menangis mengenangkan keenakannya kan..Bahagian daging ni ada 2 iaitu bahagian daging dan bahagian lemak. Cuma yang bestnya lemak kat bahagian ni bukannya lemak yang biasa kita tengok tu. Lemak kat bahagian ni nampak seolah-olah seperti otot yang kecil2, lagipun lemak ni kalau direbus dan dibiarkan semalaman pun tak terapung,