1
POPIA LAPIS AYAMAS

10 keping kulit popia
10 keping sandwich patty, dipotong 2
Minyak untuk menggoreng

Bahan A
1 camb minyak
2 ulas bawang merah } dicincang
2 ulas bawang putih }
150 gm isi ayam kisar
1 camb serbuk jintan putih
2 camb daun parsli cincang
1 biji cili merah, dicincang
20 gm serbuk roti
50 gm keju mozarella/cheddar, diparut
1 biji telur
Garam, serbuk lada sulah secukupnya

Bahan B (pelekat)
2 camb tepung gandum
2 camb air

Bahan sos (campur)
4 camb sos cili Ayamas
3 camb mayonis

Cara membuat
1. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih.
2. Bila wangi, masukkan isi ayam dan jintan putih.
3. Kacau hingga masak. Angkat.
4. Campurkan dengan semua bahan lain. Biar sejuk.
5. Letak sepotong patty di atas kulit popia.
6. Sudukan 2 camb isi ayam tadi.
7. Letak patty di atas ayam kemudian gulung.
8. Sapukan pelekat supaya gulungan kemas.
9. Goreng dalam minyak panas hingga keemasan.
10. Sajikan dengan sos.


ACAR TEMPURA

450 gm ayam tempura
Minyak untuk menggoreng
4 cm halia muda }
3 ulas bawang putih }
1 biji timun }
½ biji cili Benggala merah } dihiris memanjang
½ biji cili Benggala hijau }
1 labu bawang besar, dipotong baji
80 gm prun } dihiris
3 helai daun limau purut }

Bahan sos (campur)
2 camb pes cili
4 camb sos cili Ayamas
2 camb sos tomato
3 camb sos plam
200 ml air
Garam, gula secukupnya

Cara membuat
1. Panaskan minyak, goreng tempura hingga masak. Angkat dan potong 3.
2. Dalam 2 camb minyak, tumis halia, bawang putih dan bawang merah.
3. Bila keperangan, masukkan bahan sos dan prun.
4. Kacau hingga mendidih kemudian campurkan semua bahan lain.
5. Masak 2-3 minit atau hingga cili Benggala empuk.
6. Angkat dan tuangkan ke atas tempura.

Post a Comment

salam eid ul adha chef norz,lama betoi tak layan internet ni.x sihat skit.membaca pong dah lama tak,tidak diizinkan.semuga chef norz sihat selalu ya.