8
Pada satu hari seorang anak kecil yang menderita sakit perut telah dibawa ke hospital. Dia mengalami cirit birit selama dua hari. Pelbagai ubat sakit perut sudah diberikan tetapi masih tidak sembuh.

Doktor bertanya, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini. Ibubapa anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya cirit birit, dia tak mahu makan, hanya minum susu, tetapi akan muntah semula.

Kata ibubapa anak itu, sebelum sakit perut, anak mereka makan kangkung. Doktor segera melakukan x-ray, ternyata dalam usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil. Doktor tidak mampu membuat keputusan tentang jenis rawatan yang diperlukan kerana terlalu banyak lintah.

Akhirnya anak kecil malang itu pun meninggal dunia. Setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar. Ia tidak akan mati walau dimasak selama mana pun, apa lagi untuk masakan kangkung yang cepat dan mudah. Lintah hanya akan mati jika dibakar.

Di dalam usus anak tadi, hanya dalam 1 hingga 2 hari lintah itu berkembang biak dengan cepatnya kerana menghisap darah. Jadi, jika hendak memasak kangkung, pastikan batangnya dibelah dua dan dibersihkan betul-betul.

Foto ~ seedsforsale.com

Post a Comment

Selain kobis, hanya bayam dan kangkung yg boleh diterima oleh tekak anak2 akak, mmg menakutkan artikel ini kan? tp insyaAllah jika kita ambil kira tahap kebersihan dlm kaedah mencuci sayur maka peristiwa malang ini dpt dielakkan, itulah kebaiknnya jika makan makanan di rumah berbanding makanan kedai yg rata2nya main cincai jer, betul tak norz?

Akak pun pernah jumpa anak siput dan tanah merah yg masih bersalut pada daun salad di restoren samar2 cahayanya, nasiblah mata ni power!

alamak.... BD suka makan kangkong goreng belacan ni... kena stoplah nampaknya...

kakliza juga dapat cerita ini dlam emel..
rasa amcam dah takut nak makan kangkung..

nampaknya kena perhatikan dan pandang betul-betul daun kangkung itu jika teringin bebenar nak makan sayur/masak kangkung dalam rojak sotong atau pecal nanti..

terimakasih kerana berkongsi info...

Ekk! Seram betul!! Pasti next time mesti ikut arahan yang di beri sebelum makan kang kong!! Thanks ya!! Saya memang favourite makan kang kong! especially kang kong sambal belachan!! Yummy!!

mas pun suka makan kangkung, selalu masak sendiri,tapi tak belah pun btng kangkung tu..seram pulak dengar cerita tu, lepas ni kena belah batang kangkung tu,tak terpikir pun sampai boleh terjadi kisah menyayat hati macam ni..tima kasih atas info ni ye...

assalamualaikum...tak sangka apabila membaca cerita ni..minya izin untuk disharekan bersama kawan2.

power tul lintah..susah tul nak matinya..takut jer bl baca ni.