2
Bahan-bahan
1 mangkuk umbut kelapa
3 sudu besar minyak

1 labu bawang besar – hiris

1 batang serai – dititik

3 sudu besar ikan bilis

400 ml santan cair*

200 ml santan pekat*

Garam secukupnya


Bahan kisar

3 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1 sudu besar pes cili


1. Hiris nipis dan rendam umbut di dalam air supaya tidak menjadi lebam.

2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar, bawang besar dan serai hingga wangi.

3. Masukkan ikan bilis, umbut, santan cair dan garam.
4. Kacau sekali-sekala hingga kuahnya mendidih dan umbut empuk.

5. Tambah santan pekat, kacau lagi hingga mendidih barulah diangkat.

* Santan drpd 1 1/2 biji kelapa. Jika agak pekat, boleh tambah air.
~ Foto : www.rtb.gov.bn

Post a Comment

umbut nyoq/kelapa sawit ni sedap juga jika dimasak acar esp. cara org T'ganu,rasa mcm rebung kan?

MAK TEH :
Memang benar tuu. Tapi saya tak pernah makan umbut kelapa sawit. Umbut palas pula agak kepahit2an, banyak di sebelah utara.