5
8-10 keping lasagne
50 gm keju Parmesan*, diparut

Bahan Sos Daging
3 camb minyak
1 labu bawang besar, dicincang halus
4 ulas bawang putih, dicincang halus
400 g daging, dikisar
410 g tomato, dikisar
450 ml air
1 kiub stok daging
2 camb tomato puri
1 camt oregano kering
gula, garam, serbuk lada hitam secukupnya

Bahan Sos Putih
60 gm mentega
60 gm tepung gandum
600 ml susu segar/UHT
garam, serbuk lada sulah secukupnya

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan daging kisar, tomato kisar, air, pati rebusan daging dan puri tomato.
3. Masak atas api sederhana hingga daging empuk dan kuahnya pekat.
4. Bubuh serbuk lada hitam, gula (lebihkan sedikit untuk mengimbangi rasa masam tomato puri) dan garam kemudian angkat.
5. Untuk sos, cairkan mentega. Masukkan tepung dan kacau 1-2 min hingga permukaannya berbuih halus.
6. Tuangkan susu dan kacau lagi atas api perlahan hingga sos pekat.
7. Sebaik-baiknya, kacau dengan 'balloon whisk' supaya sos tidak berketul.
8. Masukkan garam dan serbuk lada sulah kemudian angkat.
9. Ratakan sedikit sos daging, satu lapisan lasagne.
10. Kemudian sos daging, sos putih dan satu lapisan lasagne. Ulang hingga lapisan atas iaitu
sos daging, sos putih dan keju.
11. Bakar pada 190 C selama 40-45 minit atau hingga masak.

Lasagne tak perlu dimasak terlebih dulu, gunakan terus daripada kotak (no need to pre-cook). Penggunaan lasagne juga bergantung kepada saiz mangkuk untuk membakarnya.

Post a Comment

chef norz,keju yg kita dok mkn tu semua,halal ka?dah byk mana dah telan,baru terasa was-was

next weekend,bila anak2 balik bole la buat ni,remember your lapis dewi?a fav. in this house..dah lama resepi tu kan?tepek la balik kat sini

MAK TEH >>

InsyaAllah, I will do a detailed write-up on KEJU pasal ramai orang melayu tak begitu ambil berat, sedih...

About LAPIS DEWI... hehe, memang lama sangat, I can't even remember. Pls refresh my mind - majalah Jelita, ya? Tahun bila agaknya?

Lina, dah ada pun resipi lasagne di sini. Nanti jangan lupa program demo ...

Lina, minta izin c & p resepi ni di blog I ya. Tq :)