7
Bahan-bahan
250 g mentega
230 g gula halus
2 camca teh ovalette
4 biji telur gred A
270 g tepung gandum*
1 camca teh serbuk penaik*
60 g susu pekat manis
2 camca besar serbuk koko
2 camca besar susu cair
1 camca teh coklat emulco

*Diayak bersama

Pukul mentega, ovalette dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu.
Masukkan susu pekat dan gaul rata. Bubuh tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata.
Bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak. Satu dibiarkan tanpa warna dan satu bahagian di campur dengan susu cair, serbuk koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati.

Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dan adunan coklat dalam acuan berukuran 22 cm yang telah dilengser dengan marjerin dan dasarnya dialas dengan kertas minyak.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190 C selama 30 - 35 minit. Keluarkan dan biar sejuk atas redai.

~ Foto : tiffinbiru.blogspot.com

Post a Comment

salam kak sy nak tnya kek ni guna kalu oven yg kecil tu guna api atas bawah ke? & kek sy manjadi tp selalu hangit di bhagian tepi dan atas..TQ

Guna api bawah saja, pastikan tin atau loyang kek berada di tengah2 oven. Kalau boleh, kek jangan terlalu tebal kerana ia lambat masak & itulah antara sebab kenapa ia boleh jadi hangit. Jika atas lambat masak, boleh dipasangkan api atas saja tetapi jangan terlalu lama.

Ada sesetengah oven, tiada function bawah saja. Jadi, jika guna api atas dan bawah, tutup (longgar atau sekadar meletak sekeping aluminium foil) di bahagian atas kek sebaik saja ia nampak keperangan. Dengan cara ini, ia tidak akan hangit.

salam kak..apafungsi su2 pekat dlm resepi nie,tq!

salam kenal dr jeffiema,tawau sabah

JEFFIEMA :
Susu pekat untuk menambah lemak pada kek ini. Gunakan mentega yg harum & original, bukan yg ada campuran lemak sayuran. Mentega yg original mudah lembut jika dikeluarkan dari peti sejuk.

kek nampak selera dengan topping tu yumyum

kak,saya copy resepi ni untuk simpanan sendiri ye..insyaALLAh,nnti nak cuba..terima kasih kak (^_^)