2
Bahan-bahan
125 gm mentega

50 gm gula kastor

175 gm tepung gandum, diayak

Gula kastor, untuk tabur

Cara membuatnya

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang (jangan terlalu kembang seperti membuat kek).

2. Masukkan tepung dan uli perlahan menjadi doh.

3. Lengser tin pembakar berukuran 25-26 cm dengan marjerin.

4. Ratakan adunan tadi biar sekata tebalnya.

5. Cucuk permukaannya dengan garfu.

6. Potong bentuk jejari tapi jangan sampai putus. Taburkan separuh gula kastor di atasnya.
7. Bakar pada suhu 160-170 C selama 40-45 minit atau hingga keemasan.

8. Taburkan baki gula kastor rata-rata di atasnya.

9. Biar 5 minit sebelum memotongnya dan biar sejuk atas redai.

Untuk perisa coklat, kurangkan tepung menjadi 155 gm, tambah serbuk koko sebanyak 20 gm dan 1 camt chocolate emulco. Boleh dibuat 2 lapis berlainan perisa atas dan bawah tetapi gunakan loyang lebih besar supaya ketebalan sama.

Post a Comment

Salam perkenalan buat Tuan rumah. Apakhabar ? Semoga kita mendapat lebih barakah di bulan Ramadan ini. :)

Tabib Haji Norjae :
Alhamdulillah syukur seadanya. Diharap Tuan Habib sekeluarga berlebih lagi hendaknya... Sama2 kita mendapat rahmat & hidayah yg berlipat ganda kerana amalan yg suci, insyaAllah.