2
500 g udang sedang
150 g bawang merah – dihiris halus
1 liter santan (2 biji kelapa)
minyak untuk menggoreng
garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar:
150 g bawang merah
100 g bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
3-4 camb pes cili10 biji cili merah

Rebus dan potong dadu 2 cm:
1 kg paru
500 g daging
500 g hati lembu

Cara membuat:
1. Panaskan minyak, goreng paru, daging dan hati hingga keperangan. Angkat dan goreng udang hingga masak.
2. Panaskan 1 senduk minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau.
3. Tuangkan santan, kacau rata. Bila kuah agak pekat, masukkan pula bahan yang digoreng. Kacau sekali-sekala hingga agak kering. Bubuh garam dan gula secukupnya.
4. Masukkan bawang hiris dan udang, kacau sebati. Angkat dan sajikan.

Post a Comment

wey..my feveret nih, suker makan dgn nasi impit, thanx norz 4 the recipe, lagi satu nak tanya mcm mana nak masak ikan masin cencuan? (betul ke eja?)hee....kalu tk keberatan nak resipinya boleh?

thanks kak norz ....saya tak sabar nak cuba resepi ni..