2
Bahan Doh
80 g gula aising

100 g mentega

1 biji kuning telur

170 g tepung gandum }

60 g tepung jagung } diayak

1 camt serbuk penaik }

1 camt coffee emulco



Bahan Tengah

70 g mentega

30 g gula aising

60 g chocolate spread

40 g smooth peanut butter

1 biji kuning telur
40 gm kelapa kering
2 camb serbuk koko

100-120 g tepung gandum


Cara membuat
1. Untuk doh: Pukul gula, mentega dan kuning telur hingga sebati.

2. Masukkan bahan ayak dan emulco, uli menjadi doh. Ketepikan.
3. Untuk inti: Pukul 5 bahan pertama hingga sebati.

4. Campurkan dengan kelapa kering, koko dan tepung gandum. Uli menjadi doh.
5. Canai doh setebal 3 mm. Buat 2 lapisan, ketepikan.
6. Canai doh untuk inti setebal 3 mm. Letak di atas doh pertama.

7. Tangkup dengan doh yang satu lagi (perisa kopi).
8. Potong bentuk empatsegi panjang dan susun atas tin pembakar.

9. Bakar pada 180 C selama 20-25 minit atau hingga masak.

Oleh kerana biskut ini ada 2 lapisan, anda boleh buat 2 jenis biskut yang berbeza, tak perlu melapisnya. Jika doh agak lembik, tambah 1-2 camb tepung gandum. Ini adalah perkara biasa kerana keadaan butter yang berlainan lembutnya.

Post a Comment

Nisbah membuat dengan pemakan, adakah setimpal berbanding kemuncak takbir yang syahdu itu....saja je bertanya.

Hashim Zabidi :
Tentulah tidak setimpal kerana takbir Syawal menandakan berakhirnya Ramadhan yg penuh barakah. Membuat sekadar yg berpatutan saja, begitulah kira-kira...