2
Bahan-bahan
80 gm jeli perisa strawberi (kotak/paket)
400 ml air panas

180 gm kek gulung, dihiris nipis

100 gm buah-buahan koktel (tin)

300 ml susu segar

40 gm gula kastor

35 gm tepung kastard

200 ml krim putar

Hirisan buah dragonfruit atau lain-lain


Cara membuatnya

1. Campurkan jeli dengan air panas. Kacau hingga larut, ketepikan.

2. Susun kek di dalam mangkuk. Taburkan buah-buahan di atasnya.

3. Tuangkan jeli dan biar keras.

4. Larutkan tepung kastard dengan sedikit susu. Tapiskan ke dalam periuk.
5. Tuangkan baki susu dan gula. Kacau atas api perlahan hingga pekat.

6. Ratakan di atas jeli dan biar sejuk.
7. Pukul krim hingga kental. Picitkan di atas kastard.
8. Hias dengan buah-buahan.

Post a Comment

mana nak dapat jeli strawberi ni?

Halim : Ada jual dalam kotak, perisa macam2. Salah satunya, keluaran Nona. Selalunya, dekat bahagian menjual serbuk agar2 dll. Bukan PUDING tapi JELI...