Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Teh Tiga Lapis

6:54 AM norzailina 8 Comments Category :

Teh ini semakin digemari kerana rasanya seakan-akan air cendol. Biasanya, lapisan bawah gula merah boleh didapati di dalam botol 'sirap gula' yang sedia untuk digunakan tetapi sukar dibeli di kedai-kedai runcit yang biasa. Cuba sediakan untuk berbuka puasa, tentu enak... Sukatan adalah untuk menghasilkan 2 atau 3 gelas yang tinggi. Sukatan air gula, susu dan teh boleh diubahsuai ikut selera.

Bahan-bahan
200 ml susu cair

Ais secukupnya

Bahan Air Teh
200 ml air panas
1 uncang teh

Bahan air gula Melaka
80 g gula melaka
150 g gula merah
40 g gula pasir
200 ml air
1 helai daun pandan, disimpulkan

Jerang semua bahan air gula Melaka hingga mendidih.
Perlahankan api, renehkan hingga pekat (jangan terlalu pekat kerana ia akan menjadi keras bila sejuk). Biar sejuk.
Tuangkan air gula Melaka ke dalam gelas.
Tuangkan pula susu cair untuk lapisan tengah.
Akhir sekali, tuangkan air teh (perlahan-lahan) dan masukkan ais.

Credit foto : hiphopgals.blogspot.com

RELATED POSTS

8 comments