2
Bersama pelajar2 Tingkatan 4 dari tiga buah sekolah sekitar Bangi yang menyertai program 'Aktiviti Bersama Pelajar Sekolah Menengah' sempena Aktiviti Pembudayaan Ilmu Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia. Bagi mereka, inilah kali pertama mendengar pengalaman seorang novelis menghasilkan buku dan pelbagai perkara menarik tentang novel-novel yang pernah saya tulis. Saya sempat menyuntik semangat dan nasihat buat mereka untuk berjaya sebagai seorang pelajar.
Kenangan dengan kakitangan Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM. Majlis dianjurkan oleh QIT Teknikal dan saya kira, ia usaha yang amat baik mendekatkan pelajar sekolah (terutama yang ada kaitan dengan Pusat Sumber) dengan persekitaran perpustakaan yang amat canggih dan besar itu. Terima kasih kepada semua yang terlibat di Perpustakaan Tun Seri Lanang dan Alaf 21 yang telah memberi peluang saya berkongsi pengalaman sebagai novelis dengan guru-guru dan para pelajar tersebut.

Post a Comment

salam kak norz..wahhh bestnya bole berkongsi pengalaman...semoga pelajar tersebut lebih bersemangat menjadi warga yang cemerlang

Assalamualaikum...

Salam kenal Kak Norz..

Nice blog...

Insya Allah.. Nanti T kunjungi Kak Norz lagi...

Take care.. Semoga terus success...

:-)