0
Saka dipusakai oleh seseorang kerana nenek moyangnya telah mengadakan perjanjian dengan jin-jin saka pada zaman dulu. Dikatakan, kebanyakan orang pada waktu itu menggunakan khidmat jin sebagai ‘pembantu’ semasa hendak membuka hutan untuk membina perkampungan atau menolong dalam soal pendukunan atau menjaga kebun yang luas atau membantu mengerjakan ladang dll.

Orang yang ada saka lazimnya dapat melihat dan/atau berkomunikasi dengan makhluk-makhluk halus dan kadangkala meracau-racau tanpa sebab-musabab tertentu. Jika moyangnya ada saka, bapanya seorang yang alim, anaknya pula seorang ustaz, mungkin saka tersebut akan ‘timbul’ dalam diri generasi seterusnya (cicit). Oleh itu, ada baiknya kita tingkatkan amalan supaya dijauhkan dari sesuatu yang kufur.

Kaedah ini memang dianjurkan sekiranya hendak membuang saka tapi tak semestinya berkesan seratus peratus. (Amalkanlah setiap kali selepas solat dan akad seperti akad/janji depan Allah SWT)

1) Buat declaration/pengumuman berikut dengan suara yang jelas:

"Saya, mewakili diri saya, ahli keluarga saya, dan nenek moyang saya, ingin membuat pengumuman bahawa, kami memutuskan dan membatalkan segala kontrak dan perjanjian di antara kami dan kamu jin-jin saka dan juga di antara kami dan khadam-khadam ilmu yang diwariskan kepada kami. Janganlah kamu semua menghuni atau mengganggu kami lagi. Sekiranya kamu berbuat begitu, maka kami layak membunuh kamu, dan jika begitu kamu akan mati. Pergilah kamu pulang ke alam kamu dan jika kamu tiada tempat untuk di tuju, pergilah ke penempatan Darul Islah. Di sana kedatangan kamu dialu-alukan. Pergilah kamu. Kami membuang kamu."

Alfatihah - 7x
Al Falaq - 41x
An Naas - 41x
Alam Nasyrah - 41x

Ikhtiar kepada Allah SWT.

Post a Comment