3
Minggu lepas merupakan minggu yang tersangat sibuk. Tidak larat seluruh badan, rasa hendak demam dan pitam. Risau juga kerana sekarang memang musim / wabak melanda. Di tengah kesibukan itu pula, pc saya meragam dan setelah diselidiki, rupa-rupanya ia rosak teruk dan memerlukan masa yang panjang untuk 'pulih'. Sesungguhnya, saya rasa down sangat kerana kerenah pc dan jadual yang menghambat ...

Let me share with you all, my schedule for last week:-

Sabtu, 08 : Juri Masakan di Penjara Kajang (Hari Keluarga Kakitangan)
Ahad, 09 : Juri Masakan di Saloma Bistro (anjuran Anjung Seri-Folite)
Selasa, 10 : Shooting Buku Masakan (13 jenis)
(malam) - Wacana Intelektual di Dewan Bahasa Pustaka
Khamis, 11 : Shooting Buku Masakan (17 jenis)
Jumaat, 12 : Juri Masakan di Berita Harian
Sabtu, 13 : Demo Masakan di Ajinomoto

Khamis depan (20 Ogos), saya dijemput ke Radio 24 (93.9fm) untuk sesi temubual sempena Ramadan yang bakal menjelang tiba. Rancangan itu ke udara kira-kira jam 11.15 pagi (selepas Berita). Dapatkan petua dan panduan tentang juadah berbuka, sahur dll. Boleh call-in dan tanyakan sebarang soalan...

Moga semua bloggers berada dalam keadaan sejahtera, insyaAllah.


Post a Comment

Assalamualaikum Chef Norzailina..
kakliza dapat bayangkan betapa bizinya Chef..
kakliza pun pernah mengalaminya dan sekarang pun sedang berada dalam masa-masa yang amat bizi...
semoga segalanya berjalan lancar saperti yang dirancangkan..

Salam K.Norza, bizinya akak last week ya! moga semuanya berjalan lancar dan selamat menyambut Ramadhan...

salam kak Norz, semoga akak sihat dan dapat menjalani hari2 dengan tugas2 harian dgn tabah dan dapat menyambut ramadan yg mulia dgn sebaiknya.

selamat menyambut ramadan al-mubarak semoga ibadah tahun ini akan menjadi yg terbaik dari sebelumnya, insyaAllah...