2
Jiha C Kepada kak zailina, n0vel akak yg bertajuk CUMA DIA tu mmg best giler..saya dah brape kali baca tau..harap akak akan hasil kan lebih byk n0vel best2 lagi. chay0k2 akak

Ibrahim H
Saya baru saja selesai membaca novel awak yang terbaru ( CUMA DIA ) yang saya beli minggu lepas. Sepatutnya boleh dihabiskan dua tiga hari saja, tapi maklumlah ada benda lain yang nak dibuat dan diselesaikan. Syabas dan tahniah saya ucapkan.

Saya amat tertarik dan kagum dengan cerita dan olahan yang dibuat.
Kisah cinta Meor / Jenny - Dalila / Iqbal, amat menarik walaupun mereka tidak seusia saya lagi. Tapi itulah cerita ! Kisah duka Majid dan terlarannya cinta Hilman menghangatkan cerita CUMA DIA.

Begitu juga hubungan Danial / Dewi Arifa, Farish / Nina yang telah ditakdirkan.
Sekali lagi diucapkan Syabas. Semoga dapat melahirkan novel-novel yang sentiasa bermutu.

Alisaleeya A
Saya rasa suka ngan buku awak yang kali ini....kerana ia berkisar ngan kehidupan kat sekeliling kita.......Watak Lila dan Iqbal...... Saya sungguh suka cara mereka berkenalan walaupun Iqbal tidak berterus terang.....tp akhirnya mereka berdua mempunyai perasaan tp tidak mahu atau mungkn malu untuk meluahkan........ membuatkan perhubungan mereka seperti tergantung.......ditambah lagi dengan pekerjaan Iqbal yg asyik keluar negeri dan tempat tersebut amat payah untuk mereka berkomunikasi.....memang dugaan bagi mereka berdua berat.......

Saya rasa sedih...kerana membayangkan yg Lila tertunggu-tunggu akan sms dari Iqbal......begitu saat Lila bertanyakan tentang Iqbal disaat semua orang telah kembali ke tanah air.......Membuatkan muncul satu watak lagi iaitu Hilman iaitu anak kepada kawan kepada ayah Lila iaitu Jenny..... sebenarnya kemunculan watak ini membuat saya geram....kerana ini memaksa Lila untuk menerima Hilman......saya ada terfikir kenapalah Lila tak menunggu Iqbal...kenapa?..mungkin sbb terpaksa......


Kesian Iqbal..muncul disaat Lila hendak berkahwin...kecewa mungkin tp tetap diteruskan juga.......
Apa pa pun, saya suka endingnya......Lila tetap berkahwin dengan Iqbal....dan mereka merupakan pasangan yang romantik.....hehehe ..suka saya.... Maklumlah, kan sebagai pembaca kita memang mahu setiap penutup cerita tu berakhir ngan bahagia........

Arizan
Saya dah khatam Cuma Dia - Best (3 in 1). Saya ingatkan kopi saja ada 3 in 1. Cuma terkilan cara Hilman menghilang diri begitu saja (tu le namanya cerita)

Post a Comment

Syabas, Norz. Dalam kesibukan masih sempat menghasilkan novel baru. Inilah yang dikatakan ketekunan dan kegigihan.

Mmg best novel terbaru ni, mengikuti kisah2 cinta nukilanmu sentiasa membuatkan rasa diri tak tambah usia heheee....dlm sibuk2 ttp mencuri masa membaca, harap ada sambungannya kali ini sebab tak suka hilman menghilang begitu saja....

mungkin u akan cakap hilman dah kena ISA (Ikut Suka Aku ler mana nak buang dia heheeee)