3
Di Pasar Filipina yg menjadi kemestian bagi setiap pengunjung ke Sabah. Beraneka barangan kraftangan, koleksi kristal, mutiara, permata, kemeja-T, kain tenunan, ukiran kayu dan macam-macam lagi yg tentunya menarik perhatian. Rambang mata berada di sini, sekali datang pasti tak puas.

Di pasar menjual ikan, sotong, udang kering, gamat kering, ikan bilis dan beraneka barangan yg tidak terkata... elok membeli pada hari terakhir di sana, penjual akan bungkuskan dalam kotak dan sedia untuk dibawa, siap dengan pengikatnya. Memang berbaloi membeli kerana murah.

Di atas Jambatan Tamparuli yg terkenal itu. Ia jambatan gantung yg sudah digunakan oleh penduduk tempatan sejak zaman dulu. Pekan Tamparuli kecil dan damai tetapi anjing banyak berkeliaran. Jambatan untuk laluan kenderaan hanya selorong, jadi terpaksa menunggu untuk menyeberang.

Bersama bonda berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu nun di kejauhan. Suasana amat damai dan menakjubkan. Rasa tidak mahu beredar dari situ. Lazimnya, kemuncak gunung akan diselaputi awan tetapi kami bernasib baik dapat melihatnya kira-kira 10 minit sebelum ia tertutup semula.

Post a Comment

salam kak norz moga sihat selalu..wahhh seronok nya cuti-cuti Malaysia ker?
pasar filipina...kuat juga pengaruh nama ni walaupun pihak berkuasa tempatan telah membuat penjenamaan semula sebagai Pasar Kraftangan Kota Kinabalu...Pernah borak-borak dengan penguasa tempatan Kota Kinabalu...pengaruh nama pasar filipina ni memang kuat...

org jauh dah naik jambatan tamparuli..combi yg dekat sekangkang kera pun hari-hari lalu tp blom pernah naik.. ^_^

nx time jom gi poring ade fish spa free of charge.. :D

salam kak norz, wah jenjalan ke kota kinabalu sabah ek...
tak pergi ke hot spring ker?
sya berkesempatan singgah disini on the way balik dari melawat ke kaki gunung kinabalu..
tempat yg sepatutnya singgah..
best tu..