16
KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) - Seorang pelajar yang baru dua minggu memasuki Universiti Teknologi Malaysia (UTM) maut selepas terjatuh dari tingkat empat bangunan setinggi tujuh tingkat di sini awal pagi Isnin.

Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 1 pagi semasa Mohd Khalis Zulkifli Rahman, 18, dikatakan memanjat tingkap bilik yang terletak di tingkat empat Blok C, Kolej Kediaman Siswa Jaya Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk masuk ke biliknya yang berkunci dari dalam.

Seorang saksi Mohd Zaki Norhashim, 19, berkata Mohd Khalis masuk ke bilik itu lalu memanjat keluar tingkap dan berpaut pada tiang bangunan untuk masuk ke biliknya melalui tingkap, selepas biliknya terkunci dari dalam. "Belum sempat dia sampai ke tingkap biliknya dia tergelincir dan terjatuh ke atas gelanggang badminton di bawah," katanya.

:: Saya menitiskan air mata kerana anak perempuan saya, Nazurah telah menceritakan bahawa Khalis beratur di belakangnya ketika hendak mendaftar di UTM pada hari Ahad 28 Jun lalu. Khalis telah memandang ke arah Nazurah (yg memakai baju kurung pink yg berkilat) lalu berkata kepada rakan lelakinya yg berdiri berdekatan (dalam nada mengusik), "Eh, nak mendaftar kena pakai baju berkilat, ya?" ::
~ Al-Fatihah. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Post a Comment

Al Fatihah..sedih ketika membaca kisahnya di akhbar..semoga keluarganya tabah menerima dugaan ini..

Salam Kak Norz...
Saya pun sedih benar membaca laporan berita tu. Sebabnya, saya rasa rakan-rakan sebiliknya seperti tidak ambil peduli langsung tentang kemalangan yang telah meragut nyawa arwah. Mereka tahu arwah kehilangan anak kunci miliknya seminggu dua sebelum kejadian. Sungguh tidak masuk akal orang-orang bijak seperti mereka tidak langsung terfikir untuk meminjamkan duit (jika arwah kekurangan duit) agar arwah dapat menempah anak kunci baru. Mana logik akal mereka membiarkan kawan sebilik masuk ke dalam rumah dengan memanjat dari bilik air jiran sebelah, yang terletak di tingkat empat. Kalau itu baru pertama kali dia lakukan, saya fahamlah jugak. Tetapi mengikut laporan berita tu, sudah banyak kali dia berbuat begitu. Itu yang saya tak faham.
Lagi satu, tidak masuk akallah alasan yang mengatakan mereka tidak mendengar bunyi ketukan di pintu kerana menonton DVD. Takkanlah surround sound DVD dia orang tu sama taraf dengan surround sound di panggung wayang sehingga dia orang tak dengar ketukannya. Saya bukan menuduh tetapi berita yang saya baca, tidak dapat diterima oleh akal saya.
Arwah dah pulang ke Sang Pencipta. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat. Saya berharap rakan-rakan sebiliknya akan berasa remorse. Kalau tidak, kalau beginilah cara pemikiran bakal para bijak pandai, maknanya, masa depan anak-anak kita amat mendukacitakan. Sedih... sungguh sedih.

Salam..
kakliza juga sedih membacanya..
semoga sikap pentingkan diri sendiri begini tidak berlaku dikalangan anak-anak kita yang tinggal diasrama atau kolej..

kakliza doakan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang berimana..Amin..

sedih dan sayu hati saya membaca kisah ini.dan juga didalam akhbar kemarin. semoga roh arwah akan dicucuri rahmat dan bersama2 orang2 yang beriman Aminnn..

Al-fatihah...

alfatihah dan takziah utk keluarga aruah..

menumpang kesedihan membaca berita itu... tak sepatutnya berlaku tapi ajal dan maut DIA yang tentukan...

al-fatihah.. daring sungguh ar pelajar tu.. huhu...

a ah kak :( yonna bace semalam pon sedih gila. baru beliau daftar nak sambung pengajiannya.. hurm.

tp tu lah, kawan dia pon takkan la pasang dvd smpai tepu telinga tak dengar bunyi khalis tu ketuk pintu?

:(

al fatihah utk beliau..

It's Me, New Me :
Anak-anak sekadar 'pinjaman' dari Yang Esa... namun hakikat kesedihan pastilah hanya ibu yg melahirkan yg tahu..

EM Muhammad :
Demikian kalau sudah ajal, tiada apa2 pun yg dapat menghalangnya, kan? Seandainya kawan2 dalam bilik dengar, tentulah kejadian ini dapat dielakkan.

Kita harap pihak UTM pasang gril pada 'lubang' tandas ke bilik tu.. Before that, ramai dah buat hal tersebut, cuma nasib Khalis yg begitu.

hanieliza :
Itulah namanya budak2, kan. Kadangkala terjadi sesuatu tanpa mereka sedari risikonya. Ya ALLAH, minta dijauhkan kejadian sebegini & teruslah kita mendoakan kesejahteraan keluarga & sahabat handai, insyaAllah.

CT Delima :
Arwah agak kelakar & popular, tentu dia jenis yg disayangi ramai & disenangi handai taulan. Semoga remaja2 yg membaca kisah sedihnya akan sedar risiko berbuat sesuatu yg tidak sepatutnya.

SMM :
Benar. Semoga keluarga Khalis tabah menghadapi dugaan ini. Mungkin ada hikmah maka setelah ini, banyak asrama lain mengambil langkah keselamatan...

Jard the Great :
Ajal maut di tangan Tuhan, tiada apa yg mampu menghalangnya, kan.

yOnnA :
Dah nak sampai masa Khalis pergi, mungkin itu sebabnya mereka dalam bilik tak dengar bunyi ketukan. Semua kejadian pasti ada sebabnya. Macamlah orang meninggal accident, dia sudah tak nampak lori bila nak melintas jalan kerana ajalnya sudah tiba. Auzubillah.

Salam norz,

Alfatihah utk Allahyarham Khalis, mmg mengusik perasaan kita sebagai seorg ibu lebih2 lagi kalau ada anak2 yg tinggal di asrama. kak jah selalu terlihat anak2 muda duduk menebeng di beranda atau tingkap pada ketinggian yg merbahaya setiapkali mengambil atau menghantar anak2 balik kekolej, selalu tegur atas sebab2 keselamatan dan MEMANG pesan kat anak2 tolonglah jgn lakukan hal yg serupa, sebaik baca kisah itu diakhbar akak terus call anak2 dan berpesan dan terus berpesan lagi...hai norz, tak dpt nak bayangkan bila dikhabarkan arwah menjerit sewaktu tgnnya terlepas...masih bersedih dan teruslah berdoa moga Allah memelihara keselamatan anak2 kita dan teman2 mereka walu di mana mereka berada, amin.

QueenJah :
Saya juga bercerita (sambil berpesan) kepada anak lelaki saya di universiti. Katanya, rakan serumahnya pernah berbuat demikian (panjat dari koridor ke dalam bilik di apartmen tingkat 6) kerana tiada kunci. Mujurlah tiada malapetaka terjadi. Nampaknya, hal memanjat begini macam 'perkara biasa' pada budak2 lelaki... Ngeri kita bayangkan. Hanya kpd Allah tempat kita mengadu...