2
Di pintu gerbang menghala ke Kundasang Memorial Park. Tentera British dan Australia yg menjadi tawanan askar Jepun dipaksa berjalan kaki dari Sandakan ke sini, meredah hutan belantara dan kesengsaraan. Antara 1,000 orang, hanya 6 berjaya melarikan diri dan menceritakan kisah mereka.

Laluan pertama menuju ke gunung. Masih mendatar dan tak begitu mencabar. Ramai pelancong asing yg menyertai rombongan mendaki. Mereka bermalam di pertengahan jalan sebelum menyambung pendakian ke kemuncak.

Bersama kereta sewa di perhentian menuju ke kaki gunung. Suasana amat nyaman dan enak sekali. Sesekali angin berhembus, dingin. Bunyi unggas hutan dan pokok-pokok bunga liar amat mempesonakan.

Di pasar menjual sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan di Kundasang. Memang murah dan segar. Sebelum ke sini, kami singgah di Nabalu membeli nenas yg paling sedap dan manis pernah saya rasa. Dalam perjalanan, ada gerai menjual pelbagai kraftangan masyarakat tempatan.

Post a Comment

wah Kak Norz.. best nya semua gambar dan penceritaan ni... nak sgt2 ke Sabah la macam ni..

salam..wah bestnya tgk gambar gi jejalan kat sana..