4
Di Ladang Teh Sabah yg terletak di Nalapak. Cuaca panas terik, tidak seperti ladang teh di Cameron Highlands. Nalapak tidak jauh dari Ranau dan persekitaran sunyi serta tenteram.

Di pekarangan Universiti Malaysia Sabah, saya terjumpa pokok manggis hutan yg lebat berbuah. Bezanya dengan manggis biasa, manggis ini berkulit merah saga dan isinya nipis.

Masjid terapung di Kota Kinabalu yg tersergam indah. Di kawasan luar bandar, terdapat lebih banyak gereja dan rumah-rumah ibadat masyarakat setempat. Hari ketiga (Isnin) suasana bandar agak sibuk dan sesak juga.

Bersama Combi, teman blogger yg dikenali sejak lebih dua tahun lalu. Gembira saya sekeluarga bertemu dengannya sekeluarga, terasa sungguh mesra. Dia bersama anak-anak menghantar kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Thanks, Combi.

Post a Comment

salam kak norz,
tengok foto2 akak di KK mengimbas kembali kenangan bercuti kesana bersama keluarga tahun lepas, tempat2 yg akak pergi ni semua saya singgah, tapi akak tak singgah ke Kinabalu Park Hot Springs tempat mandi air panas ada, air sejuk ada dan air terjun pon ada.. tempat ni kami singgah semasa on the way balik dari bersiar2 di kaki gunung kinabalu, apa apa pon pengalaman yg menyeronokkan....

Combi ada ajak panjat gunung tak masa di Sabah...

Salam Lina,
Wah, bestnye pergi Sabah... Harap awak sihat selalu walau dalam kesibukan.

Seronoknya ke Sabah. Teringat Ikan bakar tepi pantainya..Sayang nak makan ikan itu kerana warna warni..