3
Coretan sekitar Demo Memasak anjuran Puspanita Daerah Bentong pada sabtu lepas. Nazifa membantu saya mengenakan uniform dan aksi saya menumis bawang untuk menyediakan sos daging Lasagne.






Antara novel-novel saya yang turut dijual di dewan tersebut. Nazratul, anak sulong, membantu mempromosikan karya bondanya. Caayaa, kak long! Ada tokoh jadi usahawan.







Gembira saya berada di Bentong (saya lahir di Ketari) dan peserta begitu bersemangat untuk belajar kedua-dua masakan Barat itu. Di situ juga saya bertemu dengan Kasma, rakan sekolah rendah yang sudah hampir 32 tahun tidak bersua muka... Dalam perjalanan balik, saya singgah di rumah mak ngah dan dijamu kerabu pucuk paku, asam pedas ikan dan daging tumis lada hitam. Hmm, sedap...!!

Post a Comment

kak norz..kalau time ni kite org balik bentong kan best,dpt la jumpa kak norz..asyik tgk kat blog jek..suami nurul asal Bkt Piatu,Bentong dan mak Nurul sendiri dr Janda Baik..abah pulak dari Kg Karak Setia..eh panjang lak cite. daa..

Salam norz,

Hilang penat dah? daging tumis lada hitam? resepinya mana?

kak norz pakai baju tu macam doktor lah hehheheh bukan macam chef