4
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan mengadakan Program Jualan Buku Bersama Penulis. Seramai 40 orang penulis telah diberi peluang untuk menyertai program ini, termasuk saya. Jadi, kalian yang ingin bertemu dan beramah mesra dijemput hadir untuk memeriahkan lagi program ini. Saya akan berada di 'gerai' jualan pada hari Sabtu (25 Julai 2009) untuk sesi signing dan memperkenalkan novel terbaru...

Setinggi-tinggi penghargaan buat PNM (Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia) kerana menyediakan platform bagi penulis menjual buku hasil penulisan masing-masing di premisnya. Semoga kerjasama erat dan kesempatan begini meninggikan semangat penulis untuk lebih giat berkarya...

Tempat : Ruang Pameran, Aras 1, PNM
Masa : 10 pagi - 5 petang
Tarikh : 25 & 26 Julai 2009 (Sabtu & Ahad)

:: Setiap pembeli buku-buku saya akan mendapat hadiah istimewa (apa ya? surprise!!!), insyaAllah ::

Post a Comment

Salam ziarah,

Teruskan berkarya1

Thank you for the info Kak Norz.. Insya-Allah saya pun akak ke sana .. Dah lama juga tak pegi PNM ni... jumpe di sana..

wow bz balik hang noo.takpe nnt bole mai sini lagi relax-relax dikaki gunung :)

thnx sudi singgah pondok-pondok kami..insyaALLAH pnjg umo jupe lagi.