7
Salam semua...

Kelmarin hari ke-3 food-shoot untuk buku masakan 'Sajian Berkuah' yg bakal diterbitkan tidak lama lagi. Selama 3 hari saya (dgn bantuan) dua orang anak-anak gadis saya menyediakan 60 jenis juadah. Pelbagai jenis mi, bihun, kuetiaw, nasi dengan campuran sayur, seafood serta juadah kegemaran ramai seperti Lamb Chop, Blackpepper Steak, Mashed Potatoes dll. Boleh dikatakan ia adalah masakan popular merangkumi semua negara. Memang menyeronokkan bila beramai-ramai begitu. Ada-ada saja yang menjadi usikan dan gurauan kami... (sunyi laa saya bila mereka kembali ke kampus...)

Terima kasih kepada TV9 (khasnya Wan Sabariah) kerana menjemput saya ke studio ahad ini. Saya akan menyediakan sejenis salad. Pada amnya, salad adalah campuran sayur-sayuran tetapi salad yg bakal saya tunjukkan itu, bukan saja berkhasiat tetapi mengenyangkan juga. Jikalau kalian ada kesempatan, bolehlah kita 'bertemu' on-air, ya? InsyaAllah saya akan diberi peluang memperkatakan tentang buku-buku masakan dan novel terbaru, 'Cuma Dia'.

Rancangan : Nasi Lemak Kopi O (8-10 pagi)
Jam : 8.45 pagi
Hari : Ahad, 14 Jun 2009

:: Have a splendid weekend, everyone !! ::

Post a Comment

Salam Kak Norz,

Bila buku tersebut akan terbit? Apakah ianya terbit sebelum bulan Ramadan nanti, dan kalau dah terbit sila beritahu Enchelah.

Salam Norzailina..
InsyaAllah kakliza akan adap TV9 ahad ni..
semoga takder apa-apa yg menyebabkan akka lari dari depan TV9 ahad ni...

baca topik salad tu dah menyebabkan kakliza terliur dalam kebizian menyiapkan buku resepi kakliza...

TAHNIAH atas keluaran buku terbaharu...
InsyaAllah kkliza tak akan lepas peluang membelinya nanti..
boleh tak beli dari Chef sendiri..?

Semoga berjaya dunia dan akhirat akak...........

Tahniah for the new coming book... Mesti bnyk resipi2 yang best2. :)

kena tunggu depan tv dgn nasi lemak dan secawan kopi o ni.. he he

salam kak Norz, saya tak kan lepaskan pluang nak tengok kak Norz on air esok pagi, nak tengok salad yg kak Norz nak buat tu.. ermm mesti sedap tu..

salam tumpang ziarah. jika ada yang berminat dengan teori konspirasi, sejarah nusantara yang hilang, sufism, kebangkitan akhir zaman..sila lah ke nusanaga.blogspot.com

harap salam ukhwah akan bertaut demi masa depan..sekian