5
Bahan-bahan:2 kg ekor lembu
5 cm halia, dihiris
100 ml minyak
10 ulas bawang merah, dicincang halus
3 camb kicap cair
3 camb kicap manis
2 camb tepung beras
60 ml air
90 gm serbuk badam/gajus
1 pokok daun bawang
1 pokok daun sup
Bawang goreng (hiasan)
Garam, serbuk lada hitam secukupnya

Bahan rempah (campur air jadi pes)
4 camb serbuk ketumbar
1 camb serbuk jintan manis
1 camb serbuk jintan putih
2 camb serbuk kas kas

Diikat dengan muslin (semua dipecahkan)
1 kuntum bunga lawang
10 kuntum bunga cengkih, ditumbuk kasar
20-25 biji lada hitam
5 cm kulit kayu manis

Cara membuat:
Rebus ekor, halia dan rempah (ikat) bersama air hingga empuk.
Panaskan minyak, tumis bawang merah.
Bila wangi, masukkan pes rempah dan sedikit air rebusan, kacau hingga naik minyak.
Masukkan kicap cair, kicap manis, ekor dan baki air rebusan. Tambah garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
Bila mendidih, campurkan dengan tepung beras dan serbuk gajus.
Renihkan selama 5 minit kemudian tambah perisa jika perlu. Hidangkan dengan daun bawang dan bawang goreng.

:: Boleh digantikan dengan tulang, daging dll (mengikut kesesuaian sukatan kerana ekor lebih berat drpd daging). Kuah sup ini agak pekat dan enak dicicah roti ::

Post a Comment

salam norz..ina ambil resepi ni ye..c & p aje..terima kasih bebanyak ye..

Saya makan semua jenis sup termasuk Gear Box dan Torpedo.

Assalamu'alaikum

Kak Norz...

terimakasih banyak kerana tunaikan permintaan saya..:)

resipi sup tulang/ekor ni. Tak sabar nak cuba...

terimakasih seklai lagi :)

wassalamu'alaikum

resepi sup tulang[gearbox] yg warna pinkish tu ada tak cikgu?di Johor ni byk betul sup gitu,mkn pandai buat tak reti.thank ou.salam.

salam akak.. husband ttba suh blajar masak sup ekor..pjm resipi akak ni eh...tp ...akak camb tu ape?