1
250 ml susu cair
1 sudu besar cuka
165 gm tepung gandum
1 sudu besar serbuk penaik
1/4 sudu teh garam
2-3 sudu besar gula kastor
2 sudu besar mentega, dicairkan
1 biji telur, dipukul sedikit
Marjerin untuk melengser

Cara membuatnya
1. Campurkan susu cair dan cuka. Kacau dan biar 10 minit.
2. Ayak tepung, serbuk penaik dan garam ke dalam mangkuk.
3. Gaulkan gula bersama tepung. Buatkan ‘lubang’ di tengah tepung tadi. Ketepikan.
4. Satukan campuran susu, mentega dan telur.
5. Tuangkan ke dalam tepung (bahagian tengah / lubang) dan kacau dengan balloon whisk hingga sebati. Tambah sedikit lagi susu jikalau terlalu pekat.
6. Panaskan kuali kalis lekat, lengserkan sedikit marjerin.
7. Letak 2-3 sudu adunan dan ratakan sedikit.
8. Masak atas api perlahan kemudian terbalikkan.
9. Angkat dan hidangkan dengan sos coklat, madu dan mentega.

:: Bagi yg kreatif, boleh letakkan blueberry (dlm tin, sejatkan airnya), kismis atau hirisan pisang di atas pankek sebelum diterbalikkan. Campuran susu dan cuka adalah untuk membuat buttermilk (sukar didapati di pasaraya biasa) ::

Post a Comment