0
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan Islam, maka attar kasturi didapati mempunyai banyak khasiat, antaranya:-

• Memberi kekuatan pada roh
• Menenangkan Jiwa
• Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
• Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
• Menghilangkan debaran jantung
• Menghilangkan Sesak Nafas
• Melegakan Lelah (Asma)
• Menyedarkan orang yang pengsan/kerasukan
• Memperkuatkan organ luaran tubuh
• Memperkuatkan organ dalaman tubuh
• Menghilangkan rasa gementar
• Menghilangkan sejuk tubuh
• Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
• Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
• Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
• Menjernihkan mata putih pada mata
• Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan
• Mencegah wabak penyakit
• Jin tidak suka bauan kasturi
• Mendapat keredhaan Allah SWT, menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh, dan sebaliknya dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya.

Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (spt kasturi).

Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW:
“Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)

:: Dipetik drpd http://akrineattijarah.blogspot.com ::

Post a Comment