6















Esok saya dijemput sebagai Penceramah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas sempena Hari Buku & Minggu Pusat Sumber Sekolah. Ceramah ini merupakan salah satu pengisian Hari Buku untuk para pelajar agar mereka dapat mempelajari pengalaman seorang penulis dalam menerbitkan buku.

Saya kira, perasaan nostalgia kembali dalam diri kerana saya bakal berhadapan dengan pelajar-pelajar di Dataran Perhimpunan sekolah itu untuk dua sesi, pagi dan petang. Semoga mereka mendapat sedikit sebanyak ilmu yang akan saya kongsi bersama.

Kali pertama saya mengajar ialah pada tahun 1987. Sekolah pertama, Sek.Ren.Keb. FELDA Mata Ayer, Perlis (lihat foto). Saya mengajar Bahasa Inggeris dan Matematik. Manakala sekolah kedua, Sek.Ren.Keb. Beseri, Perlis. Sehingga kini, ramai murid-murid saya dulu masih memanggil saya, 'cikgu' .... (
walau pun sekarang saya lebih cenderung sebagai 'Guru Memasak', hehe... )

:: Apa khabar agaknya guru-guru yang pernah saya kenali di sekolah-sekolah itu? ::

Post a Comment

salam kak norz... mesti penyampaiannya nanti mcm penyampaian cikgu2 utk murid2.

Selamat bertemu mata dengan anak2 murid. :D

sye student dr smk sg kertas..
seronok dpt denga cerita puan.
dpt jugak sye beli novel ;D

salam kaknorz, kabare, wah pasti sonok dapat masuk kesekolah balik ek :D

rindu zaman sekolah rendah :(

This comment has been removed by the author.

TokNabe >>
Memang nostalgia sungguh, terlebih lagi sebab saya duduk di sebelah Pengetua...

fatin aqilah zulkefli >>
Gembira dapat bertemu pelajar2 sekolah kamu yg baik & peramah.

Nina Suria >>
Best sangat, rasa macam nak kembali jadi guru... (tapi dah terlambat, ahaks.)

since1990 >>
emel saya : norzailina@yahoo.com
Jika dapat saya bantu, insyaAllah.

Salam norz...
tak sangka terjumpa norz di sebuah kedai di seri gombak malam tu.... blog yg memberi munafaat utk semua... TQ