10
Hari pertama di lokasi shooting untuk rancangan 'Enak Lagi Sihat' berlangsung di hadapan Rumah Perlis, Tmn Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam.

Sungguh seronok bekerja dgn krew Nafalia dan hos, Linda Onn. Sebelum sesi masakan bermula, sekumpulan monyet datang dan cuba mencuri buah-buahan di atas meja. Malah, ada seekor yg telah menggugurkan berpuluh-puluh biji sejenis buah hutan betul-betul di atas meja dengan harapan untuk menakutkan kami. Ia memang pengalaman yg melucukan...

Hari ke-2 di Laman Padi begitu menyeronokkan kerana tempat penyediaan dsbnya terletak di sebuah 'teratak' di atas kolam yg tenang lengkap dengan air terjun. Namun 'dugaan' paling hebat adalah kerana suasana agak bising (berdekatan lebuhraya) serta bunyi kapalterbang (pelbagai jenis, hehe...) yg berlegar di angkasa.

Hari Sabtu memang Tmn Pertanian menerima kunjungan ramai, jadi, ada juga yg turut menyaksikan rakaman dibuat. Hari ini mencatat sejarah dalam hidup Nazurah (assistant chef) kerana harijadinya yg ke-18 (dan dia 'terpaksa' bekerja, haha...)

Hari ke-3 kami di lokasi berdekatan Menara Pandang. Suasana damai dengan langit yg sesekali mendung dan angin yg menderu amat menyamankan. Shooting berjalan lancar dan semua krew begitu seronok menjalankan kewajipan masing-masing.

Membuat jenaka adalah suatu kemestian dalam setiap sesi penggambaran kerana ia akan menghilangkan tekanan kerja di bawah terik cahaya matahari. Shooting bermula jam 10.30 pagi, berakhir jam 7 petang. Terima kasih kepada semua yg menjayakan kerana setiap sesi shooting memang meninggalkan kenangan yg manis... Tidak lupa untuk rakan2 bloggers yg mendoakan... Alhamdulillah, hujan renyai hanya 3 minit kelmarin.

Post a Comment

Salam sis... seronoknya shooting kat luar...

Wahh, dekat2 sini rupanya Kak Norz menyooting ek? Patut la dok terbau2 je haruman makanan yang sedap2 menerjah di pondok ni sampai berdangdut2 perutnya hik hik.

Napa tak miscall2 , kak? Kalau tak boleh kita ngeteh2 kat kopitiam terdekat hik hik.

Apa2 pun , semoga berjaya gitu...dengan aktiviti masakannya.

Salam..
sure rasa lega bila semuanya selesai ngan baik dan jayanya..
TAHNIAH...

tahniah Kak Norz.. harap2 bulan puasa nanti ada lagi rancangan lepas sahur tu... he he

semuga semuanye berjalan lancar....take care ye kak norZ...

wah seronoknya...klu tahu mahu saja g sana nak nengok norz shooting.

betul kata mersik..sesekali kita ngeteh..bestkan..

Semoga terus success..

Hilangkan berat badan sehingga 10kg/lebih dalam masa sebulan,
tanpa lapar,
tanpa senaman dan
semulajadi selamat..
Layari http://langsing2u.com untuk mengetahui caranya! 8-)

kerja kat luar ni memang seronok... lebih dekat dgn nature. Moga ceria sentiasa... w'pun penat :D

Salam Norz..kalau tau u ada kat taman pertanian mesti saya datang. Saya tinggal kat taan bukit bandaraya ajer..dekat sgt ngan bukit cerakah tu..jalan kaki pun sampai

best jugak tgk siaran masakan ni. hehehe