13
Beberapa tahun lalu, Radio ERA menganjurkan Peraduan Resepi Kasih Ibu. Inilah resepi saya yg telah dipilih oleh Juri untuk ke peringkat akhir... Saya dan anak sulong menjadi tetamu ERA di sebuah hotel terkemuka. Ia pengalaman manis walaupun kami tidak memenangi tempat pertama...
250 gm kasih sayang
150 gm perhatian
120 gm hormat-menghormati
1 kotak besar doa
100 gm pati kemesraan
100 gm ulas dorongan
20 gm sos kesabaran } bahan inti
250 gm keimanan }50 biji kebijaksanaan
4 camb serbuk garang
3 camb serbuk nasihat

Bahan Hiasan
10 helai daun usik-mengusik
10 kelopak bunga senyuman
5 keping hirisan leteran, dihiris halus
4 helai pucuk toleransi, dihiris halus

Cara membuat

1. Gaulkan kasih sayang, perhatian dan hormat-menghormati di dalam mangkuk kehidupan sehingga sebati.
2. Masukkan sedikit demi sedikit pati kemesraan diikuti oleh dorongan / sokongan. Uli perlahan sampai menjadi doh yg lembut.
3. Dalam mangkuk kekeluargaan, campurkan sos kesabaran dan keimanan sehingga rata.
4. Canai doh setebal 1 cm, ratakan campuran inti dan gulungkannya. Hiriskan dan letakkan dalam loyang.
5. Ratakan biji kebijaksanaan di atasnya.
6. Akhir sekali, taburkan serbuk garang dan serbuk nasihat secukup rasa.
7. Bakar di dalam ketuhar dunia akhirat sehingga keemasan.
8. Atur di dalam pinggan. Hiaslah dengan daun usik-mengusik, bunga-bunga senyuman, hirisan leteran dan pokok toleransi.
9. Sajikan dengan limpahan syukur.

:: Di kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Hari Ibu untuk semua ibu-ibu, 'Kasih Ibu Membawa Ke Syurga'...Ahad, 10 Mei adalah juga hari ulangtahun saya, bertuah rasanya!! ::

Post a Comment

Salam hari ibu kak norz :)

Assalamualaikum kak Norz,

Saya baru sahaja kematian ibu. Saya ada dedikasikan entri sempena hari ibu 2009, insyaAllah di blog buku saya.

Kak sayang...
Selamat Hari Ibu. Mwah.

Selamat Hari Ibu buat Kak Norz.

Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Lahir istimewa unutk Kak Norza...!!

happy mother's day kak norz...muahhhssss

salam...double celebration happy mothers day n happy birthday. Moga dirahmati ALLAH senantiasa dan moga kita menjadi anak yg soleh dan solehah kepada kedua ibu bapa...

ur birthday 11.5 ek..mr darling sy 12.5.

would like to wish u a very hepi life...

moga rezeki melimpah ruah dan dikurniakan kesihatan yg baik

saya suka resepi yang ni...mmg resepi yang baik untuk keluarga harmoni

haa..selamat hari ibu,..sowi ek lewat skitt.. :D

selamat hari ibu sis,lambat sikit x apa ya.selamat berulangthn gak.

heh heh heh, leteran tak leh tinggal

Resepi kasih Ibu ingin dikongsi bersama di fp kak rus ....minta izin ya...Puan Norzailina..tertarik sangat.Terima Kasih.