3
Salam manis untuk semua...

Sejak habis outdoor shooting rancangan tv, saya bertungkus lumus pula dengan food-shoot bersama majalah Jelita (dua minggu berturut-turut), diikuti dua hari lagi dengan agensi di mana saya menyediakan juadah menggunakan ABC Saus Manis. Resepi tersebut bakal dikepilkan bersama pembelian botol sos manis tersebut. Memang enak dan sedap dicampurkan dengan nasi atau lauk-pauk lain...

Jadual padat ini tidak mengizinkan saya 'terlalu' memikirkan tentang novel terbaru yg akan menemui pembaca sekitar 25 Mei depan, insyaAllah. Hati berdebar juga kerana novel kali ini memang telah diberi "sentuhan baru" yg agak daring berbanding dengan novel-novel saya yg dulu. Almaklum, sebagai penulis, kita mesti rajin bereksperimen supaya pembaca tidak bosan. Kadangkala kita menulis bukan semata-mata untuk memuaskan hati sendiri tetapi juga apa yg kita tahu, akan menarik hati pembaca juga...

Bagi anda yg ada kelapangan pada 24 Mei yg akan datang, dari 3-4 ptg, saya akan berada di Demo Kitchen, MPH Bookstores, One Utama (new wing) untuk mengadakan Demonstrasi Masakan. Saya akan sediakan sebanyak 3 juadah daripada buku masakan yg diterbitkan oleh Malaysian Women's Weekly. InsyaAllah, semua orang boleh merasainya nanti...

Post a Comment

Maju dan terus majulah seluruh usahawan Muslim sekalian saling bantu membantu melahirkan ramai usahawan berjaya.

Salam..
wah..memang padat betul jadual Norzailina..
pada 17 Mei 2009 [Ahad] jam 4-5 ptg kakliza akan membuat Demonstrasi Masakan di MPH Bookstores Mid Valley, KL...kalau ada kelapangan sudikanlah join kakliza disana..

kalau sy kat sana tentu sy join. apapun wish u d best of luck