3
Ain Aishah said...

salam kak norzailina..
nak tanya pula mcm mana kalo penerbit tu mula2 dia berminat ngn mss kita bila kita minta no tel dia sampai skg dia xbls. iya kita nak cari betul ke x sbb sebelum ni guna email2 je ngn syarikat tu. tgk address syarikat tu mcm byk hal aje yg tersimpan..ada org kata ada dua tpt..hmm tp ain confius sbb byk sgt ketaranya ngn syarikt tu. tkt la tersalah masuk. harap akak dpt menolong

May 2, 2009 11:39 AM

Jawapan :
Pada pendapat akak, penerbit itu tidak ikhlas dan lebih baik Ain cari penerbit lain yg lebih telus. Banyak terjadi penulis ditipu penerbit. Setelah dihantar mss, senyap saja dan tiba-tiba keluar novel yg sama, hanya nama watak-watak yg diubah. Oleh kerana tiada perjanjian 'hitam-putih', penulis terpaksa 'berputih mata'.

Sekitar tahun 2003 juga akak pernah "ditipu" oleh sebuah penerbitan. Hanya kerana percayakan 'kawan', akak hantar ke situ. Bila novel keluar, royalti tidak dibayar kerana pengurus penerbitan itu telah dibuang kerja kerana sesuatu sebab. Pengurusan terbaru kononnya tidak tahu menahu dan perjanjian 'terhilang'. 'Kawan' akak pun menghilang entah ke mana. Beberapa kali akak turun naik penerbitan itu, minta untuk melihat stok buku kerana kata mereka, buku tak laku jadi tiada royalti. Akak sendiri offer untuk kira tetapi mereka kata, susahlah... macam-macamlah semata-mata untuk mengelak. Jadi, sangat penting menyerahkan mss kepada penerbit yg boleh dipercayai...!!

Post a Comment

Payah untuk mencari yang benar amanah..

Assalamualaikum kak...takpe..orng suka menipu ni tak senang pun hidup..saya pasti tu...saya pun pernah di tipu..atas nama dasar kawan...takpela yang penting semua pengalaman tersebut mematangkan kita...dah lebih berhati-hati di hari muka....Insya Allah...

Salam Kak Norz...
Harap Ain Aishah menarik kembali manuskrip dia tu daripada penerbit tersebut. Ikut instinct, kan Kak Norz. Kalau hati berdetik, maknanya adalah sesuatu yang tak kena. Dan harap, dia akan bertemu dengan penerbit yang benar-benar amanah.