5
Ada blogger telah bertanyakan dua soalan:
* Bagaimana hendak berkarya dengan baik
* Petua hendak mula menulis novel

Untuk berkarya dengan baik:
1) Banyak membaca
Apa saja bahan bacaan tidak kira di media cetak atau elektronik. Jika ingin menulis novel remaja, bacalah sebanyak mungkin novel remaja di pasaran. Cari suatu sudut penceritaan atau kisah yang berbeza daripada yang ada. Jika anda mempunyai stail penulisan yang tersendiri, ini adalah lebih baik tetapi 'stail' yang dimaksudkan ini selalunya akan terbentuk selepas kita menulis beberapa buah novel.

2) Peka terhadap alam sekeliling
Di dalam novel, tentu sekali ada deskripsi tentang hutan, misalnya. Jadi, apa yang ada di dalam hutan? Pokok-pokok dan semak-samun, bukan? Bagi seseorang penulis yang 'peka', dia tidak akan menulis pokok (tanpa nama) tetapi memberi namanya yang betul seperti pokok jati, meranti, rumput sambau atau mempelas dll.

3) Rajin membuat research
Jika (2) adalah tentang alam sekitar, anda perlu juga membuat kajian tentang pekerjaan watak di dalam novel tersebut. Contohnya, seorang doktor. Jangan sekadar memeriksa pesakit dan memberi ubat. Nama penyakit mesti dinyatakan sekali, juga ubat-ubatan atau rawatan yang diberikan. Semuanya ada di dalam internet, jadi, tiada alasan lagi untuk penulis sekarang 'malas' membuat homework.

4) Penerbit mana?
Anda ingin menulis novel kisah cinta? Cari novel penerbit tersebut. Perhatikan berapa tebal novel yang sering diterbitkan oleh mereka. Bagaimana pula kisahnya? Penggunaan ayat, struktur bahasa dll. Sebaik-baiknya, tulis novel mengikut 'garis panduan' tersebut tetapi jangan sesekali menulis jalan cerita yang sama atau meniru 'stail' penulis yang sedia ada.

:: akan bersambung ::


Post a Comment

wah dh ada petua nk jd penulis ni..hehe..belum cuba belum tau ye kak..

Terima kasih Puan kerana sudi berkongsi maklumat yang sangat berguna. saya pasti akan menunggu tips menarik dari puan

selamat maju jaya

salah ukhuwah

harap puan sudi berkunjung ke laman saya yang serba sederhana

semoga sentiasa melahirkan karya bermutu seperti sekarang

aku dah beli majalah harmoni tu.. :)

kandungan dia sama mcm MIDI ekk.

takecare norz.