5
Assignment kelmarin, 10 masakan menggunakan herba keluaran McCormick. Antaranya, basil, bay leaves, paprika, turmeric (kunyit), serbuk lada hitam, Season 'n Fry (pelbagai perisa), thyme dll.

Mudah digunakan dan aroma herba pasti memikat selera terutama untuk masakan Western. Namun eksperimen saya mencampurkan thyme ke dalam Kuih Talam Berlauk ternyata menyerlahkan keharumannya.

Supaya tahan lama, simpan botol herba di dalam peti sejuk (bahagian bawah) dan sebaik-baiknya, masukkan herba ke dalam sajian sejurus sebelum memadamkan api (supaya aroma lebih kekal).


Booklet resepi boleh diperolehi bila membeli produk keluaran McCormick. Sesi fotografi dengan Ikram Ismail berlangsung selama 4 jam.

Post a Comment

wah mesti ade keunikan rasa nyer tu...

Salam..
kakliza boleh bayangkan kebizian Norzailina dengan rempah2nya dalam shooting tu....
apapun tahniah kerana berjaya dala misi kali ini..

Uii sedapnya... sedapnyaa.. Sapo laa nk abihkan lauk banyak2 tu? Rugi tak datang.. hik hik..

Apa2 pun, syabas buat kak Norz.

So apa assignment lps ni..?

Puan,
Melihat gambar-gambar masakan ini, wah serta merta perut saya menjadi lapar. Sedap sungguh...
Selamat maju jaya puan

dasat juge ye nak tangkap gambar makanan tu, yum yum