12

One of my favourite photos.
Kami ada tanam sepohon anggur di halaman rumah, mudah-mudahan ia akan cepat besar dan berbuah banyak...tak sabar rasanya nak merasa bagaikan tinggal di kawasan Mediterranean...
Ada 50 jenis anggur yang sesuai dimakan begitu saja, sebagai pencuci mulut. Anggur yang menerima lebih banyak pesticides (pembunuh kulat) mempunyai kulit yang agak pahit manakala yang ditanam secara organik lebih manis. Jenis anggur yang paling digemari tentulah yang tidak mengandungi biji atau seedless.

Sesiapa yang teringin merasa keadaan di ladang anggur boleh melawat kawasan penanamannya di Sg. Batu Pahat, Perlis. Masa dicadangkan: September.

Post a Comment

Salam.
Tak sangka peminat anggur rupanya. Kak tau tak memakan biji anggur adalah baik untuk tubuh badan kita kerana biji anggur mempunyai bahan antioksidan.

salam sis... bestnya ada ladang anggur! kalau tanam kat halaman rumah boleh tak sis?

* anggur kegemaran saya juga ;)

ct memang minat sgt2 makan anggur.tak kira lah mahal atau tak.. mesti nak beli. asal dapat rasa dah cukup hehehe

Kak... tu seedless ke anggur hijau biasa? Mesti manis, kan. Nanti nak sikit tau.

Err.. err.. kalau nak merasa anggur yang ditanam di halaman umah kak Norz bulan bila pulak ya? kekekek

agak2 ada beza tak dari segi rasanya dengan buah anggur yg ditanam kat kaw mediterranean tu?

tapi anggur tetap anggur kan... orang kelatan kata buah 'zabit'.

Enche's >>
TQ kerana info tentang grapeseed oil tu.

D'Rimba >>
Ada jenis anggur yg boleh hidup - macam tanam bunga raya aje. Cuba, jangan tak cuba.

umi_e >>
Memang boleh, beli anak pokok di Pasar Tani. Best.

CT Delima >>
Anggur manis memang leka kalau makan...tapi dalam pantang, jauhkan.

Opah De >>
Seedless laa, baru syok. Kena tanam dari batangnya... kat Oz mesti best gi ladangnya, kan?

Mersik >>
Nanti bila dah keluar buah, akak bagitau, eik? Sekrang banyak daunnya aje.

TokNabe >>
Rasa anggur bergantung pada tanah di mana ia ditanam. Manisnya pun lain sebab suhu & kelembapan udara yg berbeza. Baru akak tahu istilah 'zabit'.

Norz ...anggur saya dok tinggi sekaki sejak mula tanam

huhu..tak serasi betul

puas dibelai, puas ditatang

Kujie >>
Try bubuh baja la kut, or tanah dia kena campur pasir sikit... (insyaAllah..)

ahems.. ada jugak alasan nak terjah rumah kak norz.. makan buah anggur.. petik sendiri.. hehe

Quite useful info, thank you for the article.
Halifax airport | pirate cake | find zip code