5
Novel 'Getaran Rindu' terbitan Alaf 21 telah diulangcetak sebanyak lima kali... saya bersyukur dan ucapkan terima kasih kepada semua yang telah membeli, membaca dan mendapat manfaat daripada novel ini. Secara peribadi, saya paling suka novel in kerana "WATAK" diri saya sendiri ada di dalamnya...hehe

Lagi tips tentang penulisan:

Kelmarin ada seseorang mengirimkan emel, ingin tahu prosedur menulis novel dan hal2 yg sewaktu dengannya. Jadi, saya ambil kesempatan ni untuk huraikan serba sedikit:

Font & Spacing
Lebih baik pilih Times New Roman saiz 12. Spacing pula langkau satu setengah baris (1.5 spacing). Mulakan bab baru di mukasurat baru, dengan bilangan bab dan tajuk kecil (jika ada).
ps: Anehnya saya, kalau nak mula novel baru kena cari font yg sesuai baru boleh mula. Tiada kategori khusus, hanya apa yg dipanggil ‘gerak hati’. Kadangkala saiz 11, bergantung pada font.

How long?
Bergantung pada soalan ini: Di mana karya nak dihantar? Beli beberapa buah buku terbitan syarikat tersebut dan tengoklah kecenderungan mereka. Ok, jika novel untuk kanak2 atau remaja (khusus untuk remaja di sekolah), pastilah lebih pendek. Jika novel berunsur cinta tentulah mencapai 550 muka surat atau lebih sedikit. Jika didapati terlalu panjang, Editor akan suruh potong. Kalau terlalu pendek, mungkin harga novel yg sudah siap agak murah.
ps: Manuskrip akan melalui pelbagai proses dan berapa tebal hasilnya setelah siap sukar dijangkakan dengan tepat. Give an allowance of 15-20 pages from the original manuscript.

How to send?
Hantar sendiri (jika tinggal berdekatan penerbit) atau kirimkan melalui Pos Laju/Pos Berdaftar. Sertakan surat mengesahkan penerimaan (oleh penerbit) yg akan dikirimkan kembali kepada anda. Ini adalah penting sebagai bukti i.e. black-and-white. Kalau main telefon saja, orang boleh lupa (unless u tape the conversation, which is unlikely…)
ps: Kalau anda dah jadi penulis best-seller, boleh emelkan saja manuskrip, penerbit akan terima dengan senang hati…


Post a Comment

Kak Norz, sangat berguna tips ni. Hari itu terjumpa kakak di pesta buku tapi tak sempat nak tegur lah, jumpa di The Mall juga, pun tak sempat nak tegur, aduh..

fadz >>
Sungguh, akak tak nampak u, sorry... It would be nice talking to u, fadz. U r a very creative & talented guy.

Bila lah nak jumpa Kak Norz di pesta pesta buku ker.. he he..

>< 2 minggu x set foot kat sini,sakit .dulu Mak Teh ada gak bercita2 nak jadi penulis,tapi cikgu BM mak teh kata toksah la,hang x dak bakat!!!sedihnya...sampai la ni x penah cuba pun,idea byk ,ye lah ,terlalu byk membaca...tapi takut pulak,nanti org kata ,apa tu?plagiat?betoi ka ni..dulu Mak Teh suka baca-mills n boon,denise robin ,short stories kat dim women's weekly tu,ect..but now my fav is stephen king.there's another book-Flowers In The Attic,dah baca bim,eee..panjang lebar la pulak,sori,bye 4 now.

salam kak norzailina..
nak tanya pula mcm mana kalo penerbit tu mula2 dia berminat ngn mss kita bila kita minta no tel dia sampai skg dia xbls. iya kita nak cari betul ke x sbb sebelum ni guna email2 je ngn syarikat tu. tgk address syarikat tu mcm byk hal aje yg tersimpan..ada org kata ada dua tpt..hmm tp ain confius sbb byk sgt ketaranya ngn syarikt tu. tkt la tersalah masuk. harap akak dpt menolong