5
Hari ini selesai 4 hari marathon memasak 56 resepi (50 untuk buku masakan 'Timur Tengah' manakala 6 resepi sesi client-tasting menggunakan produk keluaran mereka). Minggu depan bersambung lagi untuk melengkapkan 60 resepi buku masakan dan food-shoot sebanyak 5 resepi untuk klien tersebut. Hmm... bunyi macam jadual yang padat dan sungguh memenatkan, bukan? Namun itulah 'kerja' saya (lazimnya), selepas menyudahkan novel (dan sebelum memulakan novel baru...)

Minggu lepas juga saya menerima tawaran dari akhbar Berita Harian Singapura untuk menulis rencana bagi ruangan 'Apa Kata Chef' bersama 3 chef lain secara bergilir-gilir. Terima kasih kepada Jamilah (dulu bersama Marshall Cavendish) yang masih mengingati saya setelah sekian lama dan memberikan peluang saya berkongsi ilmu memasak dengan pembaca (setelah selama hampir 2 tahun saya mempunyai ruangan sendiri di akhbar Kosmo).

Syukur, rezeki yang datang membayangkan masa yang agak terhad untuk saya berblogging tetapi saya masih setia ke sini apabila ada kelapangan, bagi menjenguk kawan-kawan (lama dan baru) yang sudi menyapa di Msjbox atau meninggalkan komen. Kepada kalian, terima kasih kerana sentiasa menceriakan hari-hari di mana saya dilanda kesibukan yang teramat...

Kepada semua, semoga tabah menghadapi apa jua rintangan dan tingkatkan semangat untuk melaksanakan apa saja yang telah diamanahkan kepada kita!

:: Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih ::

Post a Comment

assalamualaikum norz.Tahniah akan tawaran2 yang datang. Itulah namanya rezeki yg tak bersempadan. Moga tambah luas rezeki dan ilmu.

Salam Lina, see you di pesta buku nanti. I ada on weekdays je. How about you?

Salam..
wau..nampak jadual Norzailina begitu padat yer..
semoga berjaya dan terus berjaya....
i'm so happy for U...

tahniah,chef sungguh produktif.apa lagi bidang yg belum diterokai?

Tahniah dan Good Luck. Semoga dapt baca novel terbaru kak norza..