12
Minggu yang sibuk kerana persiapan untuk shooting rancangan masakan 'Enak Lagi Sihat' akan bermula Jumaat ini. Sebanyak 5 episod (15 resepi) yang bakal ditayangkan di tv sepanjang Syawal depan, insyaAllah.

Saya ke kedai membeli beberapa peralatan dapur seperti mangkuk-mangkuk kecil, perkakas memasak dan seumpamanya. Juga beberapa jam lagi akan dihabiskan untuk membeli bahan-bahan masakan. Kadangkala 'beberapa jam' akan melarat ke beberapa hari sekiranya bahan yang saya cari di pasaraya A tiada. Terpaksalah berkejar ke pasaraya B pula... pernah beberapa kali terjadi, bahan yang kita hendak guna, seperti daging kisar, tiba-tiba tiada stok di empat atau lima pasaraya - jadi, terpaksa kisar sendiri daging yang dibeli. Itulah cabarannya...

Shooting selama 3 hari di lokasi luar merupakan dugaan juga kerana cuaca yang tidak menentu. Ia berbeza dengan shooting di studio di mana semua peralatan sudah tersedia. Ini adalah pengalaman menarik, saya kira. Doakan semuanya berjalan lancar, ya.

:: Nak relax jap siang tadi, saya sempat menonton 'Queens of Langkasuka'. Memang berbaloi walaupun ada komen seseorang bahawa filem epik-sejarah selama 2 jam tu agak 'dragging'. Saya terharu lihat peperangan Langkasuka dengan kumpulan lanun di akhir cerita kerana teringatkan begitulah jua keberanian pahlawan Melayu menentang serangan Portugis di Melaka sekitar Ogos 1511 ::


Post a Comment

Kak Norza, bz jadual tu! sebelum ni tak pernah shooting outdoor lagi ke? barang2 keperluan semua kena sediakan sendiri? bukan ke semua disediakan oleh penaja? jenuh jugak nak menyediakan segala perkakasan dan bahan2. anyway...good luck! nanti leh rasa masakan tu kot!

salam norz...

skrg ni cuaca tak menentu..nak shooting kat luar tu tiba-tiba hujan dah turun...mesti kelam kelibut dibuatnya..

Salam..
kakliza boleh bayangkan betapa bizinya Chef kita ni untuk persiapan dan juga shooting masakan tu..

apapun kakliza doakan semoga segalanya berjalan lancar...
dan SELAMAT BERJAYA...

Pejuang bangsa perlu diseru semangatnya ke setiap hati anak bangsa.

kak nor,
ranc. tu nnt on air kt channel mana? jgn lupa uar2kan ye.
-fiza, sri gombak-

salam kak norZ..
waduh bz nye jadual dia..tp jaga kesihatan ye kak...bwk2 amik rehat curi2 masa mkn & minum..tu yg penting....

Azita >>
Ada bbrp keperluan kena cari sendiri sebab kita akan tahu apa yg sepatutnya... Penaja akan sediakan selalunya yg basics aje.

kak ina kl >>
Ada contingency plan kalau cuaca tak elok tapi untuk rancangan masakan yg ada kelainan, kena approach yg begini...

hanieliza >>
Thanks. InsyaAllah, kak liza juga akan terus berjaya, saya doakan.

D'Rimba >>
Lawati http://rajamenangis.blogspot.com supaya semangat teruja.

Fiza >>
Rancangan tu utk sepanjang Syawal. Nanti akan disiarkan di sini, k?

Sis-lin >>
TQ for advice. Yg penting, minda kena relaks, tak blh stress nanti tak ceria, ahaks.

salam kak lina....moga kesejahteraan dan kesihatan mengiringi kak lina disepanjang saat2 kesibukan tu yeaa..jgn lupa rehat2 diri juga....

Salamz Kak Norz ,

Wah.. mmg sibuk tu. Tak apa, demi tugas yang sedia menanti. Curi2 la masa sikit utk diri sendiri.. err err gi ngeteh2 ka.. hik hik

Gud luck.

Norz..wah! jadual yang padat. Jangan lupa jaga kesihatan gak..semoga success!!

Psstt...rozz g PBAKL kat PWTC Ahad yang lalu, ingat dapat ketemu Norz di sana. Tanya pada Anis Ayuni, rupanya Norz hanya berada di sana pada hari Sabtu ya..frust gak tak dapat jumpa Norz.

Take care ya.

bz betul k.norz ye... tapi tak apa ke'bz' tu menandakan rezeki yang makin bertambah dan tidak putus2.

Mat Gebu >>
Mmg penat, kelmarin berdiri 12 jam, dlm kereta on the way balik, sempat tidur lagi..

Mersik >>
TQ. Syukur semuanya berjalan lancar.

rozzh >>
InsyaAllah nanti kita akan bersua dilain ketika. Ramai penulis dgn novel2 baru - merekalah yg lebih penting drpd penulis tanpa buku baru...

TokNabe >>
Alhamdulillah, kerja ibarat amanah; rezeki anak2 jua.