8

Fatin membuka tudung labuhnya sebelum mengangguk. “Yang dimaksudkan dengan makhluk halus itu ialah makhluk yang diciptakan oleh ALLAH SWT tanpa berjisim yang pada kebiasaannya tak dapat dilihat oleh mata atau dirasa dengan tangan. Mereka hidup di alam ghaib.”

Mimi mencapai sebiji karipap, lalu mengunyahnya.

“Makhluk ni ada asal kejadiannya daripada cahaya, iaitu malaikat, yang sentiasa taat kepada perintah ALLAH. Dan ada yang asal kejadiannya daripada api, iaitu terdiri daripada jin, iblis, syaitan dan lain-lain.” Begitu Rin menambah.

Fatin menghirup kopi panas itu dengan penuh khusyuk. “Kau tahu tak, Mimi? Beriman atau percaya tentang adanya makhluk halus dan hal-hal ghaib seperti ni adalah antara ciri-ciri mukmin yang bertaqwa kepada ALLAH SWT.”

Terlopong mulut Mimi mendengarnya. Perlakuan kedua-duanya amat berbeza daripada biasa. Apa yang telah merasuk mereka? Benarkah mereka betul-betul teman serumahnya atau makhluk halus yang menyerupai manusia?

Bukankah makhluk halus boleh memperlihatkan kepada manusia apa-apa yang mereka takuti? Itulah sebabnya maka setiap hantu kelihatan sama – berbaju putih dan berambut panjang kerana demikian imaginasi yang tertanam di dalam minda. Putih adalah kain kafan. Rambut panjang kerana hantu tersebut bangkit dari kubur dan tidak terurus.

Filem hantu memang menjadi ‘makanan’ Mimi saban minggu. Sebut saja hantu Siam, hantu Korea, hantu orang putih atau hantu Cina. Semua sudah sinonim dengan dirinya. Semua hantu ada ciri-ciri tersendiri.

“Dalam surah al-Baqarah ayat 2 hingga 4, ALLAH SWT berfirman; Al-Quran itu tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi mereka yang bertakwa, iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan sembahyang dan menggunakan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka,” kata Rin lagi.

Mereka bertiga terdiam. Yang kedengaran hanya bunyi kulit karipap dikunyah.
“Aku pernah dengar, kalau nak halau makhluk halus kena azan,” sahut Mimi. Selalu juga dia membaca buku-buku agama yang diluluskan untuk jualan di MPH.

“Ada satu cerita, ustaz yang cerita ni... seorang lelaki telah azan 15 kali bila ternampak bayangan yang datang dekat nak cekik dia.” Suara Fatin gementar.

Tiba-tiba suasana bilik menjadi dingin. Tiada pendingin hawa di situ. Hanya kipas berputar perlahan di siling. Kata orang, ada makhluk halus yang hadir. Ketiga-tiga gadis itu langsung tidak mempedulikan kedinginan yang terasa secara tiba-tiba itu.
“Lepas tu?” soal Mimi ingin tahu.
“Bayangan tu tak pergi, malah bertambah galak mengacau...” beritahu Fatin.
“Azan tu tak berkesan, mungkin sebab...”

Post a Comment

aduhai.... tercabut bulu kasawari ni tengok gambor tu.. larikkk.. he he..

ermm novel baru ker kak?

suspen dah ni..bila nak sambung lagi k.norz.suka gak baca kisah2 seram ni..kasawari tu penakut gak ker keh3

laaa.....x abis norz? ekeke....

Kasawari >>
Kan burung jenis ni, kalau nampak sesuatu yg ngeri akan masukkan kepala ke dalam tanah? Hik hik.

CT Delima >>
Nak baca seterusnya, kena beli novel akak yg terbaru (yg akan berada di pasaran tak lama lagi, insyaAllah)...

Jun >>
Kena baca novel dia..strategi pemasaran, cewahhh...nanti akan diberitahu bila tarikh sebenar muncul. Tunggu, ya?

Mungkin bkn azan x kuat,tp iman dia kot..adehh seram nk tggu sambungannye lak..eeee

wah novel terbaru kak norz ni cite hantu ke?impresif!!!

errr menarik siot!! Apa ekk tajuk novel nanti, tak sesabo nak beli nih!!!! BEST!! Sometin different, BESTTTT!!!

Sis-lin >>
Novel terbaru kisah cinta tapi ada elemen mistik (buat ilmu pada kita yg tak begitu tahu...).

Abbot Cottage >>
Nanti akan diuar2kan di sini sebaik saja terbit, k? TQ. Ni pun tak sabar nak tengok macam mana covernya.