4
Ada banyak perkara yg perlu diperhatikan dalam penulisan novel. Selain tema, kali ini saya huraikan sedikit-sebanyak berkenaan :

PLOT / STRUKTUR

1. Mudah

2. Novel boleh dibaca secara santai tanpa plot yg berbelit-belit atau sukar difahami

3. Kompleks

4. Perjalanan cerita yang rumit tetapi masih boleh diterima asalkan boleh dihayati oleh pembaca

5. Haruslah mempunyai kronologi yang munasabah

6. Jika terlalu kompleks, dari segi komersial tidak berbaloi tetapi tinggi nilainya daripada segi astetika seni sastera

7. Mesti ada kesinambungan cerita

8. Struktur penceritaan tidak semestinya logik (novel sains fiksyen / futuristik) tetapi masih boleh diterima pembaca

9. Cerita tidak boleh melompat dari satu plot ke plot yang lain tanpa ada pertalian di antara plot atau kesudahan yang wajar

KAREKTOR / WATAK

Watak boleh dihuraikan seperti berikut:

1. Sifat zahirnya

1. Bentuk fizikal sama ada ketinggian, bentuk badan, stail/gaya, rambut, cara berjalan, bertutur dsb

2. Kediaman sama ada rumah papan beratap nipah kampung, rumah batu beratap genting di bandar, pangsapuri, apartmen, banglo, rumah semi-D di kota dll

3. Kenderaan sama ada motosikal, kereta, van, lori dsb

4. Pemilihan pakaian, aksesori (terutama perempuan) dll


2. Perwatakan / perangainya

1. Sama ada sombong, berani, kelakar, kedekut, pendiam, pemalu, penakut dll

2. Kegemaran atau kesukaannya seperti membaca, melukis, bersiar-siar dsb

3. Makanan / minuman kesukaan

4. Warna pilihan

5. Tabiat, contohnya bermain-main dengan hujung rambut, menggosok hidung atau menggaru tengkuk dll

6. Aspek lain dari segi suara, cara berpakaian (penampilan fizikal)

7. Perkara yang menjadi kebenciannya

8. Watak yg diketengahkan samasa dianiaya atau berkonflik

9. Nama-nama yang menarik, moden / lama (sesuai cerita) dan ada nilai komersial

Post a Comment

saya dulu pernah berangan nak tulis novel, tapi saya rasa saya tak ada taktiknya :(

kalau buat blog entry guna tips ni konpem meletups! hehe

Thanks akak for the tip. Mwah.

Mak Su >>
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Perlu banyak membaca dan sentiasa peka dengan 'trend' peminat novel.

Junaidix >>
Blog entry pun kalau di compile boleh jadi buku, kan? Hehe. Impresif.

Opah De >>
U r welcome. Anytime. Share la tips kalau ada...