5
Atas keinsafan, kesedaran dan tanggungjawab, dunia persilatan wajib dibela kerana ia melambangkan maruah dan martabat bangsa dan negara. Ia memainkan peranan sebagai penyambung perjuangan amanah budaya nenek moyang agar bangsa terus dihormati. Seni silat adalah bagai tiang seri sebuah rumah Melayu. Ia berdiri penegap payung untuk sebuah balai. Berdiri seorang wira Melayu lengkap berpakaian dan bersenjata, menceritakan asal-usul dan niat. Tangan mengangkat sebelum langkah dibawa untuk menunjuk gerak. Semua bercerita hingga nafas ditudung.

Tidak ramai guru guru silat dapat bertahan, hingga lenyap gerak gerak jurus lama. Namun selagi ungkapan Takkan Melayu Hilang Di Dunia terus bergema, langkah pejuang, gerak penerus dan bunga luahan menyampai rasa hati, perlu terus dipelihara. Niatkan bersilat kerana riadah dan memelihara hak warisan. Dan tidak lengkap seri pakaian di dalam dunia persilatan tanpa dihias dengan budaya perkerisannya.

Menangani keris harus lengkap dengan tata karma dan adat peradapannya. Keris yang asalnya dari perkataan kekeratan "Ke" dan "aris" yang bermakna tenang, lambat atau halus adalah kelompok senjata tikam yang merupakan lambang kekuatan para hulubalang Melayu serta kerajaan-kerajaan purbakala di zaman dahulu. Kini ianya menjadi lambang kebanggaan orang-orang Melayu serta kepulauan sekitarnya. Jika diteliti sejarah purbakala, terdapat unsur-unsur alam semulajadi seperti tanah, batu, pasir, tembaga besi, emas, perak, berlian, batu permata serta batu delima yang menghiasi serta memperkukuhkan bentuk keris.

Artikel penuh di : www.rajamenangis.blogspot.com
Petikan khas drpd laman : www.silat.tv
(dibawah PERGURUAN SENI SILAT SENDENG HAJI HAMID UK)


Marilah kita sama-sama miliki sebilah keris untuk sebuah rumah (satu rumah, satu keris) sebagai tanda adat budaya Melayu dan tanda kenangan turun temurun kita - Rajamenangis


Post a Comment

keluarga lin mmg ada simpan 2 bilah keris kak,1 yg 7liku tu,dn 1 lg tu yg jenis panjang color putih,dr smpanan arwah atok tu sekitar thn 30an..lama kan,skrg ada kt rumah mak..

mana agaknya tempat boleh beli keris yg berpatutan & keris pun ok.. dari ada benda lain kat rumah, baik lagi ada keris

Sis-lin >>
Bagus tu, boleh jadi pusaka sehingga akhir zaman. Pastikan disimpan baik2 kerana keris lama adalah warisan yg tiada tolok bandingnya.

asraf >>
Jika tinggal di sekitar KL, boleh pergi ke Muzium Negara, ada pameran / jualan keris yg akan berakhir 20 April 2009.

asraf >>
Menurut Shali, keris2 yg baik & cantik juga boleh dibeli di Muzium Shah Alam. Jangan mudah terpedaya bila membeli keris kerana harganya tidak tetap, bergantung kepada banyak faktor.

Kak, kami ada Badik laki bini. Kerislah. Tak boleh dipisahkan. Kalau cerita, tak akan ada orang percaya... ngeh ngeh ngeh. I'll see what I can to be mischievious so that you'll have a Mischief... ngeh ngeh ngeh.