12
Dalam research untuk novel, saya terdedah dengan pelbagai masalah cinta-rumahtangga yg melibatkan suami-isteri orang.





Anda seorang isteri?
* Apa perasaan anda jika suami anda sanggup mengaku (kepada perempuan lain) bahawa rumahtangga porak-peranda padahal aman sentosa dan bahagia?
* Apa tindakan anda jika membaca sms suami dengan perempuan lain (berbaur keintiman)?
* Apa yang wajar anda buat jika mengetahui suami berbohong berjumpa rakan sedangkan dia keluar dengan perempuan lain?

Anda seorang suami?
* Sanggupkah anda mengaku anda sudah berpisah sedangkan masih tinggal sebumbung?
* Sanggupkah anda mengaku bencikan isteri sedangkan setiap malam tidur sebilik dengannya?
* Sanggupkah anda menceritakan keburukan isteri kepada perempuan lain sedangkan dialah ibu kepada anak-anak anda?

:: Kesimpulannya...rencah terbaik untuk sebuah novel, bukan?
Kepada isteri, bila sudah tahu lelaki itu suami orang, kenapa masih terus melayaninya? Untuk perhatian yang tidak pernah lagi diberikan oleh suami?

Kepada suami, bila sudah tahu perempuan itu isteri orang, kenapa terus 'memburunya' dengan sms dan panggilan telefon? Sekadar 'mencuba' nasib atau sengaja ingin mempermainkan perasaannya?

Untuk keseronokan yang bersifat sementara? Fikir-fikirkanlah...

Nota : Saya terima poligami.

Post a Comment

walaupun baru masuk, saya baca n3 ini berulang kali...

harap2 suami saya tak macam tu...moga2 dijauhkan dari segala tu..uhuk!!!poligami??ermm..kena pikir2 tu...

ngape belalangdewa baca berulang kali agaknyer ekk.

mcm pernah ku dgr sandiwara begini dulu..tapi dimana yaa..hiks :D

nak celah sket lagi..

lepas ni bole carik calon utk pak engku..lalala :p

BelalangDewa >>
Sebagai ingatan, apa salahnya, bukan?

Ann De'houzze >>
Doa selalu supaya rumahtangga sentiasa aman damai & bahagia. Cari jalan & usaha untuk tingkatkan kemesraan dgn suami & anak-anak, juga mertua & ipar duai.

echah_syed >>
Hehe, mungkinkah sejarah berulang lagi? Ahaks, kita hanya merancang, Tuhan menentukan...bersedia utk segala kemungkinan, bukan?

Harap jangan lah ada kesilapan dalam membina mahligai bahagia..kalau ada silap dan sangka..buang kan jauh2..berdoa setiap masa mintak diberikan kebahgaiaan didunia dan diakhirat..Aminnn

is it badluck?impikan payung emas?

CT Delima >>
Semua terletak pada hati. Selain kasih sayang, perlu ada hormat-menghormati dan saling berkomunikasi. Jangan pendam saja kelak merana badan tetapi hendaklah berhemah sekiranya perlu menegur.

MAK TEH >>
Bukan senang nak dapat 'payung emas'... I believe, apa yg dah ditakdirkan akan berlaku juga, biar bagaimana kita cuba menghalangnya. Ramai org kata, wives yg memprotes poligami, diduga oleh husbands yg inginkannya - DUGAAN, perhaps? Some say, lelaki tak perlukan alasan (terhadap isteri pertama) untuk berkahwin lain. BENARKAH??

Tugas kita semua untuk menyedarkan para sahabat. TAHNIAH !

...ujian tanpa madu pun hebat apalagi jika bermadu..apapun minta yg terbaik wlu apa sekalipun yg berlaku...

Salam kak norz...

Su cuba nak fahami kenapa terlalu banyak masalah rumahtangga dlm masyarakat kita hari ini. Lalu su rasa su temui sebabnya. Setiap manusia punya keinginan... dan keinginan (yg tak mampu dipenuhi oleh pasangan) itulah yg selalunya menjadi racun dlm hubungan.

Namun kalau kita dan pasangan punya rasa syukur yg mendalam dengan apa yg telah Allah kurniakan, su yakin masalah kejar mengejar suami isteri org lain tak akan berlaku.

p/s : Sebaiknya kita berdoa... Moga Allah berikan rasa kecukupan dan kesyukuran dlm hidup ini. Itu yg su cuba praktikkan.

saya ada opis mate umurnya dah 50 ++ (anak 7) kawin ngan anak dara 25++ tahun dan baru kerja tempat sama. Isteri 1 nya cukup baik katanya .. itu semua dunia..kesian ingatkan dah berusia dptlah bersama bercerita + sholat jemaah selalu.. tp hanya ujung minggu .. itupun belum tentu bermalam.. tak tahulah.. katanya giliran tak semestinya bermalam tp jenguk dan betanya kabar sudah cukup.. katanya lagi.. adil bererti memberikan hak kepada yang berhak.. tak tahulah sbb kita jahil sedangkan dia org mengetahui