12
Syukur kerana usaha selama berbulan-bulan sudah selesai jam 12.15 tengah hari tadi. Novel ke-25 saya setebal 520 mukasurat menggunakan pendekatan yg berbeza kerana saya terus menaip dengan format novel yg sudah siap. Kali ini saya memilih font Maiandra GD saiz 12. Bagi saya, sesetengah font hanya sesuai untuk novel tertentu. Ini bermakna, jikalau font yang dipilih tidak 'kena', ilham susah nak 'dapat'. Lain penulis akan mempunyai pandangan yg berbeza, tentunya!

Novel ini juga mempunyai jalan cerita yg 'segar' dan bagi saya sungguh 'memikat' kerana jalinan plotnya yang bersahaja, tidak terlalu menurut corak atau pattern yang lazim. Malah saya membina plot berperingkat-peringkat dan mengikut 'kerenah' watak itu sendiri. Ini bererti, persembahan dalam novel ini lebih menjurus kepada 'perjalanan ke arah realiti'. Ia juga menggabungkan tiga kisah cinta sebenar yg terjadi sekitar setahun yg lalu. Mudah-mudahan garapan saya kali ini benar-benar 'menyengat'....

Post a Comment

tak sabar tunggu novel terbaru ni...

Kak Norz Tahniah.
Saya pula masih menuju puncak. Tentu banyak yang nak kena saya betulkan. Tinggal Bab2 terakhir sahaja ni.

Tahniah Kak... entah mengapa, kita pulak yang berasa lega. Mungkin sebab lepas ni boleh nampak akak jalan-jalan dan usik-usik kita, tak gitu?
Kak, format novel yang dah siap tu, boleh didapati kat mana ek? Framemaker ke? Murah tak software tu kat Malaysia? Kat sini mahal, lah.

Kisah cinta sebenar??? WOW, menarek nih!!! Pasni boleh akak buat kisha cinta saya plak.. haahhaha.... :p

Salam kak lina..Tahniah yeaa..lepas ni novel "sejarah" pulak yeaa?....Moga Allah mengurniakan ilham melimpah ruah pada kak lina!!...

Mrs. Sheikh >>
Terima kasih krn sokongan sejak dulu...

Enche's >>
Terima kasih byk. Teruslah berkarya sehingga terhasil apa yg selama ini diimpikan.

Opah De >>
TQ. Nanti akak cerita lebih lanjut di lain lembaran, k? ;-)

AKO >>
Bisa aja, dong. Kena pergi Melaka la (MsjBox Anniv), dengar cerita sampai subuh, hehe.


Emblem of Purity >>
Thanks. Akak rasa berdebar ni, hehe.

Mat Gebu >>
TQ very much. Novel sejarah pun dah nak siap editing...doakan akak sihat & semuanya berjalan lancar.

Waaaa..
gembiranya dgr...
Teruja ni...
harap2 akan kuar masa pesta buku nti :D

tahniah kak dari orang jauh yang sentiasa mengikuti perkembangan akak dari jauh....semoga berjaya...

dyea >>
Thanks, insyaAllah...Hrp dyea sentiasa sihat & sejahtera hendaknya.

laila kamilia >>
Tq tq. Sungguhlah 'payah' perjalanan yg satu ini, teman2 pengubat 'kekalutan', hehe....

K.norz..x sabar ct nak menunggu novel ni akan di pasarkan :D tahniah K.Norz..

salam kak norz...
cinta 365hari mmg best...rse nk je tgok org yg mcm raoul tu...
hik2...